'/>

Bangkok| 8 year old Mai Li Fay, from Bangkok, is far from living the usual life of a girl her age. Everyday, thousands of people gather to the front of her family’s house to get a chance of seeing and possibly touching the young girl, a gesture which both buddhists and hindu pilgrims seem to perceive as a garantee of good fortune.

According to the country’s top medical expert, Dr Ping Lao, the young girl suffers a very rare syndrome known as the Serpentosis Malianorcis  or Jing Jing’s disease, which gives her lower body a distinct reptilian form and aspect. Only a handful of such cases have been recorded throughout history, so the scientific knowledge accumulated about the pathology is rather limited and there is no cure in sight at the moment.

The Fay family have welcomed the situation brought by Mai Li’s situation with  a mix of anguish and excitement, as the never ending lines of tourists and pilgrims have brought the badly impoverished family some substantial revenues and given them an important raise in their social status but cost them there privacy and intimacy.

More

Gara-gara bertindak kasar dengan menumbuk ibu kandung sendiri sehingga lengan kiri mangsa retak, seorang lelaki menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini.

Amirullah Sendreng, 24, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan ibunya, Roslina Hassan, 54, cedera parah.

Anak keenam daripada lapan adik-beradik itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah No. 29, Jalan 10, Taman Desa Rhu di sini pada pukul 7.40 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sempat menasihati tertuduh supaya berjumpa dan memohon maaf kepada ibunya atas perbuatan tersebut.

“Emak kamu yang melahirkan kamu. Kalau tiada emak kamu, kamu tidak akan lahir ke dunia ini. Jumpa emak kamu dan minta maaf,” katanya.

Ibu tertuduh bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dipercayai mengamuk kerana tidak berpuas hati selepas mangsa membenarkan kenalan bapanya masuk ke dalam rumah lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul wanita itu dengan tangan.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut menampar, menumbuk dan menendang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di tangan kiri

 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY