'/>

Buat tatapan @Kelab_Chedet daripada menteri BN Sarawak yang selama ini terasa kepimpinan Tun Mahathir tiada langsung manfaat kepada pembangunan Sarawak sepanjang beliau jadi Perdana Menteri #swkmaju
Sumber: https://t.co/ZV2eaHTEhX

PERSIDANGAN KHAS DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK SEMPENA HARI ULANG TAHUN 150

KUCHING: Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Februari nanti akan menyaksikan pertandingan beberapa jawatan kanan parti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, dua jawatan Naib Presiden Kanan Parti akan dipertandingkan.

"Selain itu, pertandingan turut melibatkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi Bahagian Bapa," katanya dipetik laporan Utusan Borneo.

Tambah beliau, ketua-ketua bagi Pemuda dan Wanita tidak akan bertanding manakala jawatan lain dalam sayap itu dipertandingkan.

"Ada pertandingan jawatan, tetapi belum tahu lagi berapa pencalonan kerana kita belum menerima kertas pencalonan," ujarnya.

Mengulas lanjut, Asfia memberitahu kertas pencalonan akan ditutup pada jam 2 petang, 1 Februari nanti. - Sarawakiana

Jumady Bin Omarjih Ni budak hingusan... sebab tu cakap tak pakai otak... bila hati sudah hitam kotor orang seperti dia ini hanya melihat perkara yg negatif dan komen hanya utk kondem saja... kesian tengok mentaliti budak2 baru nak up berlagak pandai ni tapi tak berilmu. Sembang agama macam malaikat. Sedangkan diri sendiri tidak menunjukan sikap yg murni dan bersangka baik. Setakat tu jerlah sekadar sembang kencang dalam FB. Tapi tak buat apa2 utk kebaikan masyarakat. Setakat taip2 keyboard hp boleh lah...

Teruskan usaha murni YB utk kesejahteraan rakyat setempat... Ini semua suara kera sumbang yg tak dapat susu... kasihan 😂😂😂

Kapit :Sebuah kapal tongkang karam di alamat  Nanga Ebau, Sungai Rajang. Menurut laporan dari pihak Polis kejadian melibatkan sebuah kapal tongkang yang membawa muatan batu telah karam. Dilaporkan seramai 7 orang di dalam kapal tersebut dan 5 orang mangsa berjaya menyelamatkan diri dan 2 orang mangsa masih belum ditemui.

Kini anggota Bomba Balai Kapit bersama dengan agensi lain yang terlibat sedang berusaha mencari mangsa yang masih hilang. Bantuan dari BBP Sungai Merah iaitu unit PPDA serta pegawai operasi zon Sibu (PPgB Mohammad Azri bin Nordin) dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk membuat selaman di dalam kapal tersebut.

Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak

AS menyerahkan 12 helikopter Black Hawk untuk mengukuhkan armada Jordan Air Force. Perkongsian ketenteraan AS-Jordan melambangkan matlamat bersama untuk rantau yang selamat dan stabil.
Sumber: https://t.co/o3fUMwzknr

Semop:YB Abdullah Hj Saidol Menteri Muda Di pejabat Ketua Menteri(Hal-Ehwal Koporat) Merangkap ADUN N42 Semop membuat lawatan kerja ke pembinaan jalan dalam  kampung Betanak,projek naiktaraf masjid dan pusat aktiviti JKKK Kampung Tekajong dan projek padang simen serba guna Sk Kampung Bruit.Peruntukan daripada MRP akan dibelanjakan untuk pelaksanaan lapan projek di tiga buah kampung di utara Pulau Bruit. Sebanyak RM265,000 peruntukan RTP digunakan menaiktaraf jambatan kampung laut Tekajong.

Seramai 679 pelajar ditangkap di seluruh negara tahun lepas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh

Sekadar hiasan 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Larry Sng telah menyatakan niatnya untuk bertanding di Julau dalam pilihan raya parlimen (GE14) yang akan datang dalam siaran Facebooknya pada hari Isnin.

Bapanya, Dato Sng Chee Hua adalah Ahli Parlimen Julau dari tahun 1995 hingga 1999 ketika menjadi anggota Parti Negara Dayak Sarawak (PBDS) yang kemudian menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN).

Dalam catatan yang sama, beliau menafikan komen penyandang Julau MP Datuk Joseph Salang Gandum bahawa pengundi Iban yang majoriti besar di kerusi Parlimen tidak mahu seorang Cina bertindak sebagai wakil mereka dan mendakwa bahawa dia terpaksa berpolitik dalam politik pilihan raya sebelum ini .

Bintangor:Rela Daerah Meradong membuat laporan polis di Balai Polis Bintangor berhubung isu Video penghinaan Shafie Apdal terhadap anggota Rela.

Thailand:Tiga orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 8 cedera dlm letupan bom di Yala, Selatan Thailand- Ketua Polis Yala

Sumber:Bernama

Baram:Pasukan Polis Marin berjaya membanteras kegiatan pembalakan haram di Hulu Baram merampas sejumlah 133 kayu balak pelbagai jenis & saiz dengan anggaran nilai RM18,950.10 #sodiakroks
Sumber;https://t.co/CKTnsrOM7g

KUCHING - Biarpun tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) dan bergerak secara sendiri, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak akan tetap bertanding atas tiket pembangkang dan akan menambah kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, biarpun PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang, tetapi masih mengekalkan calon di lima kerusi yang ditandingi pada PRU13 dan akan menambah lagi kerusi baharu yang akan ditentukan menjelang PRU14.

“Walaupun tidak bersama rakan pakatan pada PRU14 nanti, namun PAS Sarawak tidak terjejas kerana masih mendapat sokongan rakyat Sarawak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ketika ini, jentera parti sudah turun padang mendekati pengundi dan mempunyai keyakinan 50-50 untuk menang. Tentang calon pilihan, ia akan diumumkan selepas Parlimen dibubarkan nanti,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jofri turut menyifatkan tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengetuai PH ‘mengarahkan’ Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding di kawasan yang pernah ditandingi PAS dalam PRU13 lepas disifatkan sebagai “pengecut”.

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen, DAP kekal bertanding di 14 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 15 kerusi manakala PAN akan menggantikan PAS untuk bertanding di lima kerusi iaitu Parlimen Igan, Sibuti, Tanjong Manis dan Kota Samarahan.

Pada PRU13 lepas, pakatan pembangkang hanya menang enam daripada 31 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak iaitu DAP lima kerusi dan PKR hanya satu kerusi, manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

Sumber:Klxpress Sarawak

Alhamdulillah...setelah mhantar 4 org atlit ke pemilihan aher sukma 2018 disaratok, keempat2 atlit btgr berjaya layak ke sukma 2018.

KUCHING:Seorang lelaki mencipta gempar di Kampung Muara Tebas di sini sebentar tadi, dengan bertindak cuba membunuh diri.

Uniknya, beliau cuba menamatkan riwayat dengan memanjat pintu gerbang di kampung tersebut.

Tidak dapat dipastikan bila lelaki itu mula memanjat, tetapi sehingga rundingan dilakukan, dia telah berada di puncak gerbang setinggi 30 kaki itu untuk tempoh lebih 35 minit.

“Kami percaya lelaki ini di bawah pengaruh dadah,” kata anggota polis yang ditemui di lokasi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada Balai Petra Jaya juga kini berada di lokasi, sebagai persediaan terhadap semua kemungkinan.

Pintu gerbang terbabit telah dibina oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung lebih lima tahun lalu.

Ia kejadian pertama di Malaysia membabitkan cubaan bunuh diri dengan terjun dari pintu gerbang.

Sehingga berita ini ditulis, proses pemujukan masih berlangsung. — Sarawakvoice

SARIKEI: Wang tunai RM20,000 menanti  'Badang Sarawak' dalam kejohanan Lelaki dan Wanita Terkuat anjuran Persatuan Orang Kuat Malaysia (MSA) di sini, pada 24 hingga 25 Februari ini.

Pengerusi  Jawatankuasa Pengelola kejohanan itu, Asisten Superintendan Ricky Poh, berkata setakat ini seramai 35 peserta termasuk dari Thailand dan Brunei sudah mengesahkan penyertaan.

Beliau berkata, dalam kejohanan kali peserta perlu melalui beberapa cabaran antaranya mengangkat bebanan,  mengalihkan tayar jentera berat, menarik trak, angkat berat dan mengangkat batu atlas.

Berita harian online

Bintangor:Program Sambutan Pra Tahun Baru Cina berlangsung dengan meriahnya.Antara tetamu kehormat yang hadir YB Datuk Ding Kuong Hiing Adun N46 Meradong ,PS Teng Ung Woo dan Pegawai Daerah Meradong.

Bintangor:Qari Haji Ahmad Mukhlis dan qariah Siti Maisarah Bt Haji Yahya diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah  Al-Quran Bahagian Sarikei.Hadiah Disampaikan oleh YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis.

Kerajaan tidak sekadar melihat kepada pulangan, sebaliknya mementingkan pembangunan keseluruhan dalam merealisasikan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok, menurut YAB PM @NajibRazak di Majlis Pelancaran Labuan Development Blueprint 2030, tengah hari tadi.
Sumber:https://t.co/YItsqNn9e4

Bintangor:Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 1439H/2018M 10 penyertaan 5 Qari Dan 5 Qariah memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran.

Bintangor:Majlis Serah terima tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sofian Bin Abu Bakar .Sebelum ini beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pedawan.Majlis penyerahan tugas telah disaksikan oleh SAC Dato'Dev Kumar A/L M.MSree ,Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak.

Bintangor:Qari Sabani Bin Yusuf dan qariah Yasmin Khan Binti Nisar diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Meradong tahun 1439H/2018M.

"Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negata"

Keputusan Penuh 

Qari Peringkat Farrah Meradong
1.Sabani Bin Yusuf
2.Haji daud  bin Haji  Ali
3.Abdul Razak Bin Sulhi

Qariah
1.Yasmin Khan Binti Nisar
2.Noraisah Binti Hj Sulhi
3.Norsiah Binti Samion

Kuala Lumpur: Senarai calon BN bagi PRU ke 14 yang akan diadakan diwajibkan melalui tapisan integriti.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tapisan yang akan dilakukan perlu melalui unit khas dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan termasuk SPRM.
Sumber:https://t.co/6s04hrDpLn

Bintangor:Malam pertama majlis Tilawah Al-quran peringkat daerah Meradong tahun 1439H/2018M
"Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negata"

KUCHING: Dua jawatan timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan dipertandingkan dalam konvensyen parti akan datang dari 9 hingga 11 Feb ini.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertindak sebagai timbalan presiden.

Juga tidak dipertandingkan adalah jawatan Ketua Wanita dan Pemuda yang dipegang oleh Tan Sri Empiang Jabu dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing.

Ini diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di Jalan Bako, di sini.

"Parti (PBB) telah mencapai kompromi; bahawa tidak ada pertandingan untuk kedua-dua jawatan timbalan presiden. Ini juga berlaku kepada Ketua Pemuda dan Wanita, "kata Abang Johari, yang merupakan presiden PBB selepas mesyuarat majlis tertinggi parti.

Menurut Abang Johari, kedua-dua Fadillah dan Empiang, yang telah mempelopori pengganti masing-masing telah memutuskan untuk memberi laluan kepada anggota yang lebih muda.

Abang Johari berkata parti itu telah mengenal pasti pengganti mereka tetapi beliau enggan mendedahkan namanya.

"Kami sudah ada orang dalam fikiran, tetapi saya tidak dapat mendedahkan nama mereka kerana mereka perlu disokong semasa konvensyen."

Abang Johari juga berkata jawatan Ketua Wanita akan dipegang oleh Sayap Bumiputera, manakala Ketua Pemuda oleh Sayap Pesaka.

Abang Johari melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Fadillah dan Empiang kerana telah banyak menyumbang kepada parti itu, dan kepada sayap Belia dan Wanita masing-masing.

Beliau juga enggan mendedahkan sama ada Fadillah, yang merupakan Menteri Kerja, akan bertanding jawatan naib presiden kanan, kecuali untuk mengatakan 'adalah normal bagi ahli parti untuk melihat jawatan yang lebih tinggi' dalam parti itu.

Beliau juga enggan mendedahkan sama ada PBB akan menghadapi wajah baru dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan pembukaan konvensyen PBB; sayap Belia dan Wanita pada 9 Feb dan badan utama pada 10 Feb 1

SYABAS Warisan Anak Sarawak (WARIS) Miri kerana membuat laporan polis ke atas posting palsu di media sosial yang kononnya Tun Pehin Sri Taib, pada ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak telah menulis surat yang berniat jahat. Dipercayai surat tersebut telah disebarkan dengan bertujuan untuk memburukkan imej kepada kerajaan ketika Malaysia akan menghadapi PRU14. Difahamkan, beberapa pihak termasuk parti politik telah merancang untuk membuat laporan polis ke atas perkara yang sama. Semoga penyebar fitnah dapat dibawa ke muka pengadilan.

#TeamAbgJo

DALAM tempoh setahun kepimpinannya Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah melakukan banyak perkara demi negeri dan rakyat Sarawak.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Merangkap Ketua Pemuda PBB Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau selaku  ‘Kapten baru Team Tok Nan’ telah meneruskan semua dasar dan janji yang dibuat oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRK-11).

"Ini termasuk rundingan berhubung penurunan kuasa dengan kerajaan Persekutuan demi menuntuk kembali hak Sarawak," kata Fadillah dalam kenyataan medianya pada hari ini sempena setahun Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2018 (esok).

"Mewakili Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) saya mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg sempena genap setahun beliau menerajui kepimpinan negeri Sarawak."

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata, malah kerajaan negeri pimpinan Abang Zohari telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

Ketua Menteri Sarawak keenam itu juga telah memperkenalkan dasar baru demi memacu kemajuan negeri Sarawak dengan memperkenalkan ekonomi digital, yang telah disambut baik khususnya oleh golongan muda.

Pendekatan beliau diyakini mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh ke arah menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia

Pemuda dengan ini mengulangi ikrar akan terus memberi sokongan padu dan akan membantu YAB Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik untuk semua, tambahnya lagi.

#TeamAbgJo

Petang ini Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak. Dengan kesempatan itu juga meraikan Ulangtahun Pertama YAB Ketua Menteri sebagai Ketua Menteri Sarawak & Presiden Parti PBB Sarawak.

Sarikei:Satu kejadian kemalangan Jalanraya Maut telah berlaku pada 12/01/2018 jam lebih kurang 1030 hrs di KM 421 Jalan Betong /Sarikei/ Meradong melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Motosikal .Kemalangan berlaku apabila Motosikal yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bahagian kanan hadapan Hilux.

Akibat kemalangan tersebut penunggang Motosikal meninggal dunia ditempat kejadian. Pemandu serta penumpang hilux tidak mengalami kecederaan.
Hilux dari arah Sarikei menuju ke Mudong manakala Motosikal dari arah Saratok ke Sarikei.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Dsp Zamry Ali mengatakan
Kes  ini disiasat dibawah Sek. 41 APJ 1987.

Kuching:Mesyuarat JK BN Sarawak di PBB HQ pagi ini dipengerusikan YAB Ketua Menteri Sarawak selaku Pengerusi BN Negeri.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY