'/>

IPOH: Lelaki yang bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan parang menyerah diri kepada pihak polis hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, DSP Leong Wen Yew berkata suspek telah menghubungi pihak polis untuk menyerah diri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, di satu lokasi di Jalan Maharajalela, Taiping.


Sultan Sulu, Sultan Bantilan yang mendirikan Sultaniyah Sulu Darul Islam yang rela Sabah dijaga oleh Malaysia mengerahkan rakyat seagama yang berada di Sabah menentang kekejaman "Sultan Sulu", Jamalul Kiram III (yg diangkat diangkat oleh Filipina dan US sebagai Sultan Sulu).


Portal HarakahDaily dan tidak ketinggalan cybertroopers pembangkang ketika ini,begitu hebat menyerang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib bertujuan untuk mengaitkan kerajaan dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.Pelbagai gambar telah dimuatnaik di dalam portal rasmi parti yang mendakwa memperjuangankan Islam itu dan disusuli dengan serangan bertali arus di media-media sosial seperti Facebook dan Twitter.Tanpa mengambilkira sama ada laporan tersebut mempunyai nilai fakta atau tidak,media dan cybertroopers pembangkang terus cuba meyakinkan rakyat dengan berita fitnah, seperti yang sering dilakukan sebelum ini.Gambar pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan Perdana Menteri sengaja disensaikan bagi meyakinkan rakyat.Merasakan ia merupakan peluang keemasan untuk menyalahkan Umno,mereka dengan pantas cuba mengaitkan kononnya kerajaan adalah merupakan dalang sebenar.Ia antaranya bertujuan untuk menutup isu mengenai penglibatan Anwar seperti yang di dakwa oleh media antarabangsa Reuters dan badan perisikan tentera Filipina sebelum ini.Sedangkan faktanya,Harakahdaily sebenarnya telah terkeliru dan gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad dengan Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim). 
BERNAMA Radio24 (@bernamaradio24) tweeted at 6:28 AM on Wed, Mar 06, 2013:
Terkini: Presiden Venezuela Hugo Chaves (58 thn) meninggal dunia di Hospital Tentera Caracas, hari ini.
(https://twitter.com/bernamaradio24/status/309067902521311232)

Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY