'/>

Apa yang berlaku pada persidangan DUN yang lepas? YB DS WSK telah mengemukakan satu usul. Usul tersebut antara lain menyentuh bahawa ADUN Pujut mempunyai kewarganegaraan Australia, berikrar taat setianya kepada Australia dan tidak layak menjadi ADUN Sarawak.

Pertama, jika seseorang rakyat Malaysia itu mempunyai warganegara lain, secara rasionalnya ketaatan, kesetiaan dan keyakinan nya terhadap Negara sudah tentu berkurangan. Apabila perkara ini berkurangan, adakah seseorang itu dapat bertindak dengan meletakkan kepentingan Negara dan Negeri dahulu? Sudah tentu ianya dapat dipersoalkan.

DUN sebagai institusi penggubal undang-undang peringkat Negeri dan kami selaku ahlinya haruslah sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan Negeri dan Negara dahulu. Apabila usul tersebut dibentang, Saya mendengar dengan teliti usul perbahasan dan maklumat yang dikongsikan oleh YB DS WSK dan juga ADUN Pujut. Setelah mendengar dengan teliti, saya berasa yakin bahawa beliau mempunyai kewarganegaraan Australia.

Tiba suatu masa, beliau ditanya dengan soalan yang amat mudah dalam DUN iaitu, adakah anda pernah menjadi warganegara Australia? Jika beliau menafikan nya, sudah tentu saya tidak akan menyokong usul tersebut. A simple No would have done it. Tetapi beliau tidak menjawab persoalan tersebut tetapi memilih untuk memutarbelit soalan tersebut.

Tetapi bukan kah mereka ini dilatih untuk memutarbelitkan fakta? Jika inilah cara pemilihan calon parti DAP, maka sudah tentu kita khuatir dengan kesetiaan mereka dengan Negara. Tidak hairanlah kita kenapa pemimpin-pemimpin DAP ini memburukkan Negara kita apabila berada di luar Negara. Kita sepatutnya bertindak sebagai satu pasukan tidak kira pembangkang atau kerajaan jika melibatkan kepentingan Bersama Negara. Jika diberi peluang sekali lagi dalam undian tersebut, saya akan memilih untuk menyokong usul tersebut.
Walaubagaimanapun saya menghormati keputusan mahkamah. Ini juga menunjukkan ketelusan pentadbiran Negara kita.
Dr Ting mengatakan beliau mempunyai hak-hak beliau. Kami juga mempunyai hak-hak kami juga. Biarlah kita sama2 berjuang di atas hak masing2 dan biarlah mahkamah menentukan keputusan nya nanti.
Sumber :FB fazzrudin a rahman

Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Kpg Nangka pada jam 1.30 petang ini melibatkan sebuah kereta Saga bertembung dengan Iris menyebabkan Saga tersebut terbalik di tengah jalan raya. Mangsa dilaporkan selamat. Hati-hati memandu..
Foto :FB Info Sibu 

Bintangor:Cr    David   Juni   sebagai   wakil   kpda   Yb  Abdullah   menyampaikan   sumbangan   peribadi   beliau  sebanyak   Rm 3000.00  kpda   puan   Siah,  untuk   membaiki   Rumah   beliau   yang   runtuh.

Sarawak bakal mempunyai Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) oleh syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia yang akan dibina berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Perkara itu didedahkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang memberitahu, kerajaan negeri kini sedang dalam proses rundingan bersama AirAsia untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Sumber : Utusan Borneo


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY