'/>

Rakyat Sarawak dipelawa untuk turut serta mengambil bahagian di dalam 'Program Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak' dengan bertanyakan soalan-soalan yang rasional dan munasabah.

Soalan-soalan ini akan dipilih dan diajukan oleh moderator Syed Munawar secara terus kepada CM Adenan pada malam tersebut 26 Februari 2016, jam 9.00 malam di TV1.

Jangan lepaskan peluang ini dan pastinya anda mahu mendengar sendiri aspirasi dan komitmen CM Adenan dalam membangunkan negeri Sarawak tercinta ini.

Layari facebook BERSAMA KETUA MENTERI SARAWAK untuk berkongsi pandangan dan soalan anda.

Saya berkongsi perasaan sedih mereka yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda akibat banjir di Sarawak. Salam takziah dari saya dan keluarga.

Sebanyak 47 pusat pemindahan kini disediakan bagi menampung 7,177 orang setakat ini. Kerajaan akan terus beri semua bantuan yang perlu terutamanya dari segi keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.

Kerajaan akan mengenal pasti kesan bencana banjir ini kepada penduduk setempat dan membantu agar mangsa banjir dapat meneruskan kehidupan seperti biasa setelah banjir reda, Insya-Allah.

DAP tidak akan dapat memperbodohkan semua rakyat Sarawak dengan retorik dan propaganda politik murahan yang cuba kelirukan rakyat. DAP jelas semakin terdesak meraih sokongan dan undian, akan anjurkan pembohongan dan putar-belit tipikal mereka menjelang PRN tidak lama lagi.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY