'/>

Bintangor:Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.Difahamkan muatan belakang Lori treler ini telah lama di"parking" tepi simpang jalan sungai janting..perkara begini amat bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.Hampir separuh jalan digunakan oleh Lori treler ini.

Sebelum perkara sik di ingin berlaku, bagus kito cuba elakan,mohon ado respon sebelum ado nyawao di mbakan bendo tuk.

Lokasi
Jalan Sg Janting, Rumah Keli

gambar ihsan: wargo prihatin/FB warga Bintangor Bandar Limau

Sarikei:A student was killed in an accident at Sarikei Sungai Paoh area around 6.30am this morning.

Seorang pelajar maut dalam satu kemalangan di Sungai Paoh Sarikei kira kira pukul 6.30 pagi tadi.

Miri:2 unit rumah teres terbakar di lorong 7 permai jaya miri petang ini. Setakat ini punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Foto by kamek miak Sarawak

KUCHING -  Bekas Presiden Parti Pekerja Sarawak Larry Sng telah memohon untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memberi peluang kepad beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang. -Sin Chew Daily News-

Bintangor:Berbaris panjang....Kerajaan menerima 8,277,391 permohonan BR1M, dan sebanyak 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini.

https://t.co/A4ZXWgxKs5

KENYATAAN AKHBAR

1. ​Kabinet hari ini bersetuju melantik YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bekas Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Task Force untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar tahun 1990-an. Tan Sri Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk 6 tahun sebagai KSN.  Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.

2. ​Terma rujukan Task Force ini adalah untuk :

(a) ​menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian Bank Negara Malaysia di dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing;

(b) ​sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya di Mesyuarat Parlimen; dan

(c) ​mengemukakan syor-syor kepada Kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

3. ​Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen Bank Negara Malaysia dan sebagainya.

4. ​Ahli-ahli Task Force yang lain akan diumumkan dalam masa yang terdekat, akan terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia ketika itu. Siasatan ini akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar dengan terma rujukan yang disebut di atas.

Pejabat Perdana Menteri
22 Februari 2017

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY