'/>

LONJAKAN RINGGIT MALAYSIA 2016 DIJANGKA LEBIH POSITIF

(Reuters)

Ringgit Malaysia telah mengalami perubahan positif yang agak drastik tahun ini, dengan lonjakan aliran masuk modal menjadikan ianya matawang Asia yang terbaik berbanding tahun lepas yang paling teruk. Namun, hanya segelintir sahaja yang menganggap bahawa ianya boleh bangkit semula selepas kejatuhan yang teruk pada tahun 2015, kerana nilai aset-aset berisiko Malaysia sudah mula dinilai sebagai mahal oleh pelabur dan penganalisis walaupun aliran masuk modalnya telah meningkat.

Ringgit mula meningkat sebanyak 10 peratus berbanding US Dolar pada Januari hingga Mac, iaitu nilai terbanyak untuk keuntungan suku ini sejak 1973, data dipetik oleh Thomson Reuters.

Pada 2015, nilai ringgit menjunam lebih teruk berbanding krisis 1997, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia sebanyak 18.5 peratus, peningkatan kadar faedah US Dolar dan krisis kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kepercayaan pelabur asing yang kembali pulih untuk melabur dalam saham dan bon Malaysia berikutan harga minyak mentah yang makin melonjak, telah menyumbang kepada peningkatan matawang Ringgit Malaysia, yang mana ianya sekaligus membantu ekonomi kita untuk lebih berdaya tahan serta membentuk dasar kewangan yang lebih mudah daripada bank-bank utama.

“Pasaran menunjukkan bahawa pemulihan harga minyak mentah ini bakal memberikan impak yang lebih positif kepada ekonomi Malaysia,” menurut Kelvin Tay, Ketua Pegawai Pelaburan Asia Pasifik selatan, UBS Wealth Management di Singapura. 

--

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY