'/>

//info Maya//
NEWS IN BAHASA MALAYSIA,ENGLISH AND CHINESE

Pengawal peribadi disangka 'Datuk' parah ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Sepang, malam ini. Dalam kejadian itu jam 8.45 malam, pengawal peribadi terbabit yang hanya dikenali sebagai Hazrat memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum kenderaannya dihalang dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan. Bagaimanapun, ketika serangan itu ahli perniagaan terbabit menaiki kereta lain mengekori kereta dipandu Hazrat yang ditembak dua penyerang berkenaan. Ketika kejadian mereka dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Suspek dipercayai mensasarkan ahli perniagaan terbabit yang disangka berada dalam kereta mewah berkenaan. PENGAWAL peribadi yang dikenali sebagai Hazrat cedera parah pada belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan. Berikutan kejadian itu, Hazrat yang cedera parah pada belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Siasatan awal polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek. Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan. Difahamkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.  
------------------------------------
KEMASKINI KEDUA

Pengawal peribadi parah dibedil

Sepang: Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan parah selepas ditembak dua lelaki dipercayai menunggang motosikal di bulatan berhampiran pekan Chaterfield atau dikenali Downtown KLIA jam 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu, lelaki terbabit yang memandu kereta jenis Mercedes Benz didatangi dua lelaki yang melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mangsa.
Menurut sumber, berikutan kejadian itu pengawal peribadi terbabit parah pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga tembakan.
"Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah depan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.
"Siasatan awal membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang dipercayai digunakan suspek,"katanya.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendengar lebih 10 das tembakan dilepaskan di lokasi kejadian ketika sedang makan di sebuah restoran 24 jam berhampiran.
Katanya, dia sempat melihat dua lelaki melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.
"Insiden berlaku sangat pantas dan tembakan dilepaskan bertalu-talu ke arah kenderaan dipandu mangsa," katanya.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, selain kesan tembakan pada cermin kenderaan, beberapa das tembakan turut dilepaskan ke arah restoran 24 jam sementara satu das tembakan mengenai tiang besi awning restoran.
Selain itu, lebih 50 pelanggan restoran terperangkap lebih lima jam dan tidak dapat keluar dari lokasi kejadian berikutan polis menutup laluan keluar dari Downtown KLIA ke laluan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 12:48 AM

-----------------------------------
BUSINESSMANS BODYGUARD SERIOUSLY
INJURED SHOOTING NEAR KLIA

KUALA LUMPUR: A businessman's bodyguard was seriously hurt in a shooting incident near the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), last night. The 8.45pm incident at Charterfield town in KLIA Commercial Centre saw the victim sustain multiple gunshot wounds when two assailants opened fire on a Mercedes Benz he was driving. It is learnt that the victim was driving at a roundabout there when the assailants, who used two cars to block his way, started shooting towards the Mercedes's windshield and front passenger window. Sources said the victim was injured on the back of his shoulder. He was rushed to Putrajaya Hospital by ambulance. A source said police recovered 10 bullet casings from the scene.

HARIZ MOHD - 26 MARCH 2016 @ 1:13 AM
---------------------------------------------
中國報訊:一輛馬賽地房車於今晚約10時,經過吉隆坡國際機場cheterfield路段時,被多名神秘槍手連開數十槍掃射,導致房車的擋風玻璃和車頭左邊車窗佈滿彈痕。
 據瞭解,當時車內有人中槍,並已經被送入附近醫院搶救,生死未卜。
 警方在案發後,已經封鎖現場進行調查。
-------------------------------
Kejadian Kes Tembak Secara Rambang Di sepang

Kejadian berlaku pada 25/3/2016 pada jam lebih kurang 08:45 malam berhampiran simpang downtown KLIA.Seorang pemandu peribadi kepada seorang Dato telah mendapat cedera parah setelah terkena tembakan dari 2 orang suspek yang menaiki dua buah kereta.Satu laporan Polis telah di buat di Balai Polis Banting.

Video Link:https://www.facebook.com/infomayapage/videos/1519182851722354/

Kiriman Crew
Putera Karya
Selatan Bersatu
Lan Pendekar
Hang Kebun
Nan Manjoi
#Adcrew
#IPCcrew
#Infomaya
------------------------

-Initial report that we show based from early resources we received from Whatsapps,Telegram,Inbox Message or eye witness.
-Laporan awal yang di sertakan adalah berdasarkan daripada kiriman Whatsapps,Telegram,Kotak mesej atau saksi kejadian
-ஆரம்ப அறிக்கை சமர்ப்பிப்புகளை அடிப்படையாக கொண்டது வட்சாப் , தந்தி , பெட்டி செய்தியை அல்லது சாட்சிகள் அடங்கும் .

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY