'/>
Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’. Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.

Baca lanjut: http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/08/panas-pas-kedah-bakal-kecundang-dalam.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134


Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."


Sumber: http://jejarikami.blogspot.com/2012/08/tazkirah-ramadhan-kenali-aidilfitri.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY