'/>

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menyarankan Kementerian Pendidikan untuk mengambil perhatian segera ke atas 486 sekolah yang berisiko tinggi terhadap hakisan sungai di Sarawak dalam sidang media sebentar tadi.

Kejadian tebing sungai runtuh yang berlaku di SK Kampung Buda Betong beberapa hari yang lalu menunjukkan bahawa perlunya tindakan segera diambil ke atas situasi ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri sudah meluluskan sebidang tanah bagi tujuan bina baharu SK Kampung Buda bersama dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

Anggaran kos keseluruhan bina baharu sekolah berkenaan menggunakan sistem IBS ialah RM 3 juta.

Permohonan peruntukan bantuan bencana daripada pihak Kementerian Pendidikan juga sudah dikemukakan. 80% bangunan sekolah berkenaan rosak teruk dalam kejadian tebing runtuh berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Kebajikan, Wanita, dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah dan ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam.

Sumber: Friend of klxpress Sarawak 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY