'/>

Menjawap kenyataan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing 
http://www.theborneopost.com/2016/11/28/masing-act-355-amendment-violates-federal-constitution/

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Sumber :Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

Penerangan mengenai Mahkamah Syariah..
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.
Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuandan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. 
Perlembagaan Malaysia 1965.

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahajaDenda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau6 bulan penjara atauGabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahajaDenda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau3 tahun penjara atauHukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atauGabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Rujukan

1. Peguam Syarie Menulis: Memartabatkan imej Mahkamah Syariah Berita Harian. 19 Mei 2010
2.Malaysian Bar - Mahkamah Syariah setaraf Mahkamah Sivil
3.90 peratus kes Mahkamah Syariah selesai Utusan Malaysia. 8 April 2008

Persoalan sekarang????

Sekarang ini macam kita sendiri yang tidak faham dan jahil tentang RUU 355, sebab tidak banyak ummah yang keluar berhujah lebih-lebih lagi membuat kenyataan tentang apa sebenarnya Pindaan Mahkamah Syariah, dan tentang hudud yang hangat dibincangkan oleh rakyat akhir-akhir ini.
   Seolah-olah agensi kerajaan dalam negeri ini dan badan Islam dalam negeri ketandusan para ulama dan tiada pemimpin cerdik pandai dalam hukum hakam Islam yang mampu memberikan penerangan dan fakta tentang isu penting berbangkit. Kemana menghilangnya suara-suara pemimpin cerdik dan lebih arif tentang Islam? Kita merasa tercabar maruah bila ada orang luar cuba mengajar, sedangkan dia yang sepatutnya mendapat fakta tentang isu.

Kerajaan BN Sarawak melalui MCMC telah  melaburkan lebih RM2 Bilion untuk perkembangan infrastruktur di Sarawak sejak 2008 hingga kini menurut Menteri Kemudahan Awam Sarawak ,YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi  Anak Utom.

Sebanyak 412 buah menara komunikasi sebagai tambahan kepada 700 buah menara komunikasi yang sedia ada ,124 buah Pusat Internet 1 Malaysia dan sambungan gentian optik didaratan sepanjang 1237 km.

Tambahan YB Dato Sri lagi usaha ini membolehkan penggunaan jalur lebar meningkat dari 13 % pada 2008 ke 53 % pada suku kedua tahun 2016.

Ini adalah untuk memastikan kemudahan ini adalah berangkai seterusnya memberi kualiti perkhidmatan yang lebih baik ke seluruh kawasan di Sarawak.

SK Serdeng dan SK Abang Amin akan dinaiktaraf dan dibaikpulih dengan menggunakan problem IBS dan juga melalui pelaksanaan Implementation and Co-ordination Unit (ICU) ,Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2017.

KUCHING: Pemohon yang tidak layak menerima bantuan bulanan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) bakal diberi pertimbangkan untuk menerima bantuan tersebut bermula tahun depan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah berkata, ini kerana kerajaan negeri bersetuju untuk menerima pakai paras garis kemiskinan (PGK) terkini iaitu RM990 berbanding RM830 sebelum ini.

"Dengan menggunapakai PGK baharu itu, pemohon yang sebelumnya tidak layak, boleh diberi pertimbangan untuk mendapat bantuan kebajikan bulanan mulai tahun 2017," katanya menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya bertemakan Pemantapan Kesejahteraan Komuniti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi perhatian dan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Setakat 31 Oktober 2016, seramai 57,002 orang telah menerima bantuan bulanan kebajikan daripada JKMNS dengan jumlah perbelanjaan RM158.7 juta," ujarnya.

Fatimah menjelaskan, JKMNS pada masa sama telah dan akan terus berusaha untuk memperkasakan kesejahteraan golongan tersebut dengan melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Mikro Kebajikan (UMK).

"Sehingga kini seramai 149 orang penerima telah berjaya dikeluarkan daripada PGK dengan pendapatan melebihi RM1,000 sebulan," jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan turut memberi bantuan ekonomi kepada ketua isi rumah (KIR) berpendapatan rendah melalui program 1AZAM.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), seramai 39,670 KIR miskin dan miskin tegar telah dibantu.

"Daripada jumlah ini seramai 9,517 (24 peratus) KIR telah berjaya meningkatkan pendapatan dan terkeluar daripada senarai golongan miskin dan miskin tegar," kata Fatimah.
Sarawakiana

AKIBAT KEBEBALAN ... ADUN Padungan Wong King Wei disergah Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Haji Asfia Awang Nassar kerana menyanggah ucapan penggulungan Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom biarpun telah diberi peluang menyoal menteri berkenaan..
"SIT DOWWWN!!!"... :P

Setakat pagi (28 November 2016) tadi sebanyak 234 komen dan 295 share.Pelbagai kecaman dibuat oleh netizen..


Uggah minta penganut Kristian hormati agama lain demi keharmonian S’wak

KUCHING: Masyarakat Sarawak perlu menolak anasir luar yang berniat jahat memecah belah perpaduan di Sarawak, selain sentiasa menghormati agama lain bagi memastikan keharmonian kaum terus dipelihara.

“Kita mampu duduk dalam satu platform sama meskipun berbeza kepercayaan dan agama, inilah keunikan kita,”  kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Gereja Seventh-Day Adventist (SDA) Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching pada Sabtu.

Uggah yang juga menteri bertanggungjawab hal ehwal bukan Islam berkata Kerajaan Negeri komited menyokong pembangunan institusi agama di negeri ini.

Menurut Uggah, kerajaan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem terus memartabatkan institusi keagamaan di negeri ini yang mempunyai pelbagai latar belakang agama.

Jelasnya, Adenan tidak hanya menekankan kepentingan orang Islam, namun agama lain turut diambil berat.

Menurut Uggah, Adenan mengamalkan prinsip pemimpin untuk semua lapisan rakyat.

Bahkan, menurutnya Adenan sanggup menubuhkan jabatan hal ehwal bukan Islam di Sarawak dan melantik beliau bertanggungjawab mengendalinya.

Uggah turut mengumumkan peruntukan RM100,000 daripada kerajaan untuk gereja tersebut.

Berkaitan isu sekolah yang dikendalikan oleh SDA bermasalah, Uggah berkata kerajaan sedia melihat untuk menghulurkan bantuan. – Sarawakvoice

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY