'/>

Tidak sampai beberapa jam selepas Kastam mengarahkan semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menolak arahan tersebut.

Pagi tadi media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Bagaimanapun, SKMM yang bertanggungjawab mengawal selia industri telekomunikasi membuat kenyataan akhbar melalui laman Facebook mereka bahawa isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula.

Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST).”

Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya, Kastam atau SKMM? Mengapa SKMM tidak boleh mengikut arahan Kastam yang merupakan pihak pengawal selia pelaksanaan GST ini?

Mungkin sudah tiba masanya Menteri Komunikasi dan Multimedia pecat sahaja Pengerusi SKMM Datuk Sri Dr. Halim Shafie ini. Beliau tiada kuasa untuk menidakkan arahan Kastam dalam isu GST.

Sebagai badan pengawal selia industri adalah tanggungjawab SKMM memastikan dasar dan polisi kerajaan dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi (telco) bukannya menjadi agen menjaga kepentingan mereka.

SKMM perlu sedar tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat dari ditindas oleh Telco bukannya menjaga kepentingan Telco.sumber:mkmu.net

Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM9.6 bilion pada tahun lepas sekali gus muncul sebagai negeri kedua tertinggi selepas Johor sebanyak RM21.2 bilion.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jumlah itu merupakan 15.7 peratus lebih daripada RM8.3 bilion yang dicapai pada 2013.

“Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), Sarawak sebenarnya menunjukkan prestasi amat cemerlang dengan menarik pelaburan asing berjumlah RM8.4 bilion pada 2014,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Ia merupakan jumlah lebih tinggi berbanding FDI dicapai Johor sebanyak RM7.86 bilion dan Pulau Pinang RM5.11 bilion.

Manakala RM1.2 bilion datang daripada pelaburan domestik.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sumber utama pelaburan ialah daripada Jepun dengan nilai RM5.1 bilion berbentuk produk kimia.

Seterusnya, RM1.25 bilion daripada usaha sama antara Jepun, Afrika Selatan dan Taiwan dalam produk besi.

Usaha sama Malaysia dan Singapura dalam industri produk besi bernilai RM1.61 bilion.

Manakala, produk besi asas kira-kira RM1 bilion.

“Pelaburan-pelaburan ini dijangka menyediakan 2,522 peluang pekerjaan secara langsung di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, Jawatankuasa Penyelaras Perindustrian Negeri (ICC) telah meluluskan 56 projek dengan jumlah RM575.9 juta pada 2014.

Daripada jumlah itu, RM572.9 juta merupakan pelaburan terus domestik manakala RM3 juta merupakan FDI.

Pelaburan terus domestik kebanyakannya terbabit dalam pergudangan dan logistik, pemprosesan makanan, produk berasaskan kayu dan bukan besi.

“Pelaburan-pelaburan ini dijangka menyediakan peluang pekerjaan terus kira-kira 2,088 penduduk di negeri ini,” jelasnya.

Sejumlah 19 projek yang bernilai RM30.44 bilion diluluskan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ia menyediakan 16,044 peluang pekerjaan terus.

Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu merupakan kawasan terbanyak projek iaitu bernilai RM25.18 bilion, disusuli Tanjung Kidurong (RM2.55 bilion), Tanjung Manis (RM2.11 bilion) dan Mukah (RM0.6 bilion).

“SCORE akan terus menjadi pemangkin utama pembangunan dan perindustrian Sarawak. Setakat ini SCORE telah melepasi jangkaan kita.

“Penyampaian dan prestasi projek adalah lebih berbanding koridor yang lain, sekali gus menjadi asas kukuh bagi membina keyakinan di kalangan pelabur,” ujarnya.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY