'/>

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275.

Beliau berkata, ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832).

“Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah dan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini.

“Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian dan akan tengok pada keadaan semasa,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini.

“Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini,” katanya.–Bernama

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menggambarkan dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Sarawak sebagai 'BODOH' dan ianya perlu ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bersidang pada Selasa ini.

"Ini adalah usul bodoh," kata Adenan, mengulas gelaran 'Perdana Menteri Sarawak' yang diberikan kepadanya.

Dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Pujut, Fong Pau Teck, termasuklah menukar nama Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi 'PARLIMEN SARAWAK'.

"Kami percaya, usul ini tipu helah politik semata-mata. Ia diusulkan untuk mendapatkan publisiti," kata Adenan lagi.

Pada usl ketiga Fong, yang mana melibatkan cadangan untuk 'Akta Referendum' (bagi membolehkan Sarawak keluar dari Malaysia) Adenan berkata, perkara itu adalah akademik.

"Saya percay, perkara ini tidak perlu diperbincangkan lagi," kata Adenan selepas mempengerusikan mesyuarat antara PBB dan Majlis Tertinggi BN di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako.

Fong merupakan bekas ADUN DAP yang disingkirkan dari parti itu pada tahun 2013 menjadikan dia sebagai ADUN Bebas tunggal di DUN Sarawak.

Sementara itu, Adenan berkata, Kerajaan Negeri BN telah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan dan cabaran daripada Pakatan Rakyat, malah mempunyai beberapa kejutan untuk mereka.

"Tidak hanya kita boleh memulangkan perkara yang mereka bangkitkan, kita juga mempunyai kesemua jawapan yang diperlukan," kata Adenan.

Sidang DUN selama tujuh hari bermula 21 April sehingga 29 April akan menyaksikan pembentang Akta Perhutanan yang baru, yang akan memberikan penalti lebih berat bagi kegiatan pembalakan haram di negeri tersebut.

Menurut Speaker Datuk Mohammad Asfia Awang Nassar, pejabatnya telah menerima 335 soalan daripada 39 orang ADUN untuk sesi kali ini.

SUMBER

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY