'/>

PM hari ini melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM12.5 bilion.

8 pakej  ini merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan  di Sarawak.

Pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95 kilometer (km), persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).

Turut terlibat dalam pakej tersebut, Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).

Pakej ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,089km lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada petang semalam  ketika keluar menjaring ikan di laut di Kampung Serpan Asajaya ditemui meninggal dunia awal pagi tadi.

Pada awal pagi tadi , Pusat Kawalan Kota Samarahan telah menerima maklumat dari orang kampung yang menyatakan mereka telah menjumpai mayat mangsa yang dikenali sebagai Sidi Bi Jiman   78 tahun pada jam 155 pagi tadi dimana maklumat penemuan mangsa telah dijumpa juga turut telah disahkan oleh pihak Polis.

INFO DAN FOTO IHSAN DARIPADA JBPM NEGERI SARAWAK

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY