'/>

KUALA LUMPUR – Polis berjaya mematahkan operasi makmal dadah ke­tamin pertama di Malaysia yang dipercayai didalangi Geng 36 selepas menyerbu sebuah kilang kitar semula di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman turut merampas sejumlah 269 kilogram dadah jenis ketamin yang dianggarkan berjumlah RM16 juta.

Menurut sumber, pihak polis menahan sebanyak 23 individu berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun termasuk empat lelaki warga tempatan yang dipercayai ahli kumpulan Geng 36.

Kata sumber, 19 suspek yang lain adalah lelaki warga India yang didatangkan khas ke negara ini untuk memproses dadah dan ada di antara mereka berperanan sebagai ‘ahli kimia.’

“Kilang itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk memproses dadah tersebut turut dibawa masuk dari India.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh negara. Difahamkan, sindiket ini mula memproses dadah jenis ketamin ekoran harga dadah yang melambung tinggi selain sukar didapati di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan syabas atas kejayaan Sting menerusi laman Twitter rasmi miliknya.

“Syabas STING @PDRMsia tangkap 23 orang termasuk ‘Chemist’ dari India dan bongkar makmal proses ketamin di Johor Bahru. Rampas 269 kilogram ke­tamin. #GoPDRMGo,” ujarnya. – Utusan

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem dalam rundingan penurunan kuasa dengan kerajaan pusat.

Pengerusinya Baru Bian juga berkata PKR Sarawak sanggup membantu kerajaan dalam apa jua cara termampu namun menegaskan Ketua Menteri harus telus dan memaklumkan isi kandungan rundingan tersebut.

Selain memberi peluang kepada PKR Sarawak memberi maklum balas kerana rundingan penurunan kuasa itu melibatkan hak-hak rakyat dan penentu masa depan generasi akan datang, tambahnya.

Menurut Baru umum sedia maklum Ketua Menteri sebelum ini menyatakan rundingan autonomi dengan kerajaan persekutuan telah mencapai fasa kedua dan pencapaiannya setakat ini amat dihargai.

KUCHING - Episod duka yang menyelubungi pasukan Sarawak selepas merekodkan kekalahan demi kekalahan sebelum ini terubat apabila merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Liga Super 2016 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan skuad Bujang Senang mengumpul 18 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sarawak terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Makache Ndumba pada minit ke-2.

Terengganu kemudiannya merapatkan kedudukan pada minit-21 hasil jaringan Vincen Bikana.

Memasuki 11 minit babak kedua, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti dan gol tersebut disempurnakan Gilmar Jose Da Silva.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan. -Kosmo-

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY