'/>

Istiadat Sambutan Negara TYT Francois Hollande, Presiden Republik Perancis di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur

PM Najib Bertemu Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayyaf, Mahu Mangsa Diberi Rawatan Kelas Pertama

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu dan mendengar sendiri cerita dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas.

2. Mangsa culik berkenaan Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, tiba di kediaman perdana menteri pada 8 pagi untuk dipertemukan dengan keluarga masing-masing.

3. Kedua-dua lelaki itu yang kini tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah penglihatan, menceritakan bagaimana mereka dilayan seperti hamba abdi oleh penculik, yang juga anggota kumpulan militan.

4. Rasa syukur dizahirkan kedua-dua mangsa culik dan suasana yang penuh emosi jelas dirasai dalam pertemuan, yang disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

5. Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka akan diberi rawatan dan ditempatkan di wad kelas pertama Hospital Selayang serta mendapatkan rawatan pakar kerana kedua-dua mengalami masalah kesihatan selepas lapan bulan ditahan pengganas.

6. Tiga lagi mangsa culik warga Malaysia yang berada dalam tawanan kumpulan Abu Sayyaf sejak lapan bulan lalu, diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di selatan negara jiran itu, lewat malam tadi.

7. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi di sini sebentar tadi, mengesahkan maklumat itu.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY