'/>

BINTULU : Kes Kebakaran  Lori Tangki Minyak yang berlaku berhadapan dengan Bintulu Medical Center jalan Kidurong Bintulu Sarawak sekitar jam 11.50 pagi tadi operasi pemadaman masih dijalankan ketika ini.

Komander Operasi Bomba yang berada di lokasi melaporkan sebuah lori tanker yang membawa minyak telah terbakar dimana kejadian berkenaan turut melibatkan 1 hilux serta 3 buah kenderaan lain yg belum dikenal pasti.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sarawak.

BINTANGOR : Usaha bersepadu badan pertubuhan sukarela untuk membenteras dadah di kawasan DUN N.42 Semop terus diperkasakan melalui suntikan dana RM20,000.

Sumbangan itu diumumkan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop, Abdullah Saidol dalam majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, semalam.

Sehubungan itu, Abdullah memberitahu, 
peruntukan yang disalurkan melalui dana MRP tersebut akan dibahagikan dua iaitu Bintangor dan Pulau Bruit yang masing-masing akan menerima RM10,000.

"Penyalahangunaan dadah merupakan satu masalah yang amat serius dan saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk membenterasnya.

"Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memastikan masalah ini dapat dibendung hingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, sasaran mencapai sifar dadah bukan satu perkara mustahil dengan adanya program untuk memeranginya.

Malah katanya, perkara itu boleh dicapai dengan wujudnya kesedaran dalam diri masyarakat bahawa dadah adalah perosak bangsa.

“Kita mesti bersatu hati dan bekerjasama dalam membendung masalah ini daripada terus menular. 

"Pada masa sama, ibu bapa juga berperanan besar, bukan hanya memberi kesedaran tentang bahaya dadah tetapi juga perlu mengawasi dan memantau pergerakan anak-anak,” katanya.

Beliau juga berkata, pelbagai  inisiatif pembangunan belia sedang dilaksanakan untuk menghargai dan menyerlahkan potensi golongan belia setempat.

"Antaranya mempergiatkan program belia melalui Saberkas. Pendekatan ini menunjukkan bahawa kita sentiasa komited dan meletakkan golongan belia sebagai aset terbilang.

"Kesinambungan dan kejayaan masa hadapan negara bergantung pada belia hari ini," katanya.

Program yang dihadiri lebih 2,000 penduduk itu diserikan dengan pelbagai acara menarik. 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

-Utusan Sarawak.

Bezanya Rizab Pulau Pinang (DAP) dan Sarawak (BN)..

Pada tahun 2015, Sarawak mempunyai lebihan sebanyak RM2.44 bilion untuk tahun itu sahaja – hampir dua kali ganda daripada apa yang Pulau Pinang ada dalam rizab terkumpul.

Rizab Sarawak juga 20 kali ganda lebih tinggi dari rizab Pulau Pinang.

Dari tahun 2008 to 2015, kadar pertumbuhan rizab Sarawak juga 3 kali ganda lebih pantas berbanding pertumbuhan rizab Pulau Pinang.

171% berbanding 52% untuk Pulau Pinang.

Walaupun perbelanjaan mengurus Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah naik sebanyak 500% berbanding tahun 2008, rizab masih naik kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual ataupun menggadaikan berpuluh bilion tanah dan aset negeri untuk menampung kenaikan.

Bukannya susah sangat untuk menjual aset bagi menampung kenaikan mendadak perbelanjaan mengurus tetapi itu bukan strategi mengurus yang baik ataupun sesuai untuk jangka masa panjang negeri.

*Petikan dari artikel WakeupMalaya
#DapBanyakTipu

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY