'/>

Pogram MEMBARA (Prihatin Rakyat) anjuran JASA P.206 Tanjung Manis dengan kerjasama Skuad Sayang N.40 Meradong.

DUN Sarawak semalam meluluskan Usul agar Kerajaan Negeri Sarawak diberi kuasa penuh untuk mengambil  segala langkah Dan tindakan melindungi hak Dan kepentingan Sarawak dengan mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan selebihnya Perjanjian  Malaysia 1963.

Usul itu dibentangkan Oleh Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Ketika membaca artikel VII Perjanjian Malaysia 1963 memberi jaminan bahawa hak-hak Kerajaan Negeri akan dilindungi menerusi semua pemgesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk menambahkan baik Dan melindungi kepentingan istimewa Negeri Dan Rakyat Sarawak.

Dengan kelulusan Usul itu memberi mandat kepada Ketua Menteri Sarawak menyemak Semula undang-undang Persekutuan termasuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang menjelaskan hak-hak Sarawak terhadap sumber Aslinya.Antara undang-undang yang terlibat ialah Akta Pelantar Benua 1966,Akta Laut Wilayah 2012 Dan Akta Petroleum 1966.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY