'/>

Lapan pakej yang dilancarkan merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak.

Pakej-pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km, persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).

Turut terlibat dalam pakej tersebut Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).

Ankara, 19 Dis - Duta Rusia ke Turki, Karlov, yang ditembak dalam satu serangan dipercayai cubaan bunuh telah disahkan meninggal dunia.

Karlov ditembak ketika dia ingin menyampaikan satu ucapan di sebuah pameran foto di Ankara.

Menerusi rakaman siaran langsung pameran foto itu yang dikongsi oleh wartawan, kelihatan penembak melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian dada Karlov sebelum duta itu jatuh ke lantai.

Menurut TV tempatan, penyerang itu telah pun ditembak mati oleh polis.

Selain itu, penembak itu juga dikatakan memasuki ke pameran itu menggunakan identifikasi polis.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY