'/>

YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sesawang change.orgsebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak.
Tindakan laman sesawang berkenaan yang mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari ini, bertentangan dengan kehendak dan hasrat suara majoriti rakyat Sarawak sendiri, yang mahukan perlantikan berkenaan, sebagai tanda penghormatan kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib, yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.
Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang menggunakan laman sesawangchange.org untuk membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik.
Pehin Sri Haji Abdul Taib mempunyai rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) setakat ini. SCORE juga diyakini akan meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.
Justeru Pemuda PBB menganggap pihak berkepentingan yang cuba memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran yang dinikmati rakyat Sarawak dan keharmonian kaum di Sarawak, sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kepimpinan cemerlang Ketua Menteri Sarawak dan bagi mencapai cita-cita politik mereka.
Pemuda PBB yakin rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan siapa patut menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa patut menjadi Ketua Menteri Sarawak.
Pemuda PBB menjunjung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan akur siapa sahaja yang bakal dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ke jawatan berkenaan. Lantikan jawatan itu adalah hak dan atas kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pemuda PBB,
YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof
19 Februari 2014


  • Enam jahitan akibat ditumbukKecederaan dialami Abdul akibat tumbukan berkenaan.
 1 / 2 
KUALA PILAH – Seorang warga emas menerima enam jahitan di muka akibat ditumbuk seorang ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) dalam kejadian Ahad lalu.

Mangsa, Abdul Idris, 70, yang juga bekas tentera mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, sebelum menerima jahitan di bawah bibir selepas berlaku perang mulut dan pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Ampangan, dekat Seremban.

Menurut Abdul, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, dia bertemu AJK terbabit yang berusia 50-an untuk bertanyakan status permohonan kad keahlian persatuan berkenaan milik abangnya, Mohd Yusof, 73.

"Saya berjumpa dia di kedai makan itu untuk bertanyakan status kad milik abang saya kerana telah membuat bayaran RM60 pada 9 September tahun lalu.

“Tapi, saya terkejut apabila dia memberi amaran supaya jangan mencampuri urusannya. Saya akui ada berlaku perang mulut antara kami tetapi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, saya mengalah untuk beredar dari situ," katanya.

Menurutnya, disebabkan rasa tidak puas hati dan berang, AJK berkenaan telah mengejarnya dari belakang, lalu melepaskan tumbukan dari luar keretanya dan tepat mengenai bibir.

“Bagi mengelakkan insiden lebih buruk berlaku, saya segera beredar dari kedai itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Limau, Terachi, dekat sini semalam.

Sejurus kejadian itu, Abdul kemudian membuat laporan di Balai Polis Paroi, kira-kira 10.35 pagi pada hari yang sama.

Menurutnya, selepas insiden itu, saya kini trauma dan sudah tawar hati untuk menjadi ahli persatuan berkenaan.

“Memang saya ada niat untuk menjadi ahli PVTTB, tetapi memandangkan insiden ini telah berlaku, saya kuburkan sahaja niat itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden PVTTB Malaysia, Mohd Sabri Abdul Malek menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia melanggar undang-undang.

“Sewajarnya AJK berkenaan mengawal emosi dan berfikir sebelum bertindak secara melulu. Bagaimanapun, kata-kata provokasi yang dilemparkan Abdul memburukkan imej persatuan juga tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada AJK terbabit untuk menghantar laporan bertulis kepada persatuan dan akan memanggil kedua-duanya untuk mendapatkan kepastian perkara sebenar.SH
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY