'/>

/Friend KLxpress Sarawak/
Satu kebakaran membabitkan Rumah Panjang, Rh. Asmady Agau, Badeng Lg. Urun, Belaga pada petang ini tadi.

Dalam kejadian itu, seluruh Rh. Asmady Agau mysnah dalam kebakaran dan bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Azmin halang pimpinan BN Sarawak masuk Selangor

By Mohd Noor Affandi

May 10, 2016

SHAH ALAM: Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di dua Parlimen yang kosong berikutan kematian penyandangnya nanti, kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan menguatkuasakan undang-undang baharu di Selangor.

Memetik blog negarapakatanrakyat.com, Azmin akan menguatkuasakan undang-undang melarang mana-mana pemimpin BN dari Sarawak untuk memasuki Selangor sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang 40 orang pemimpin Pakatan Harapan dari memasuki Sarawak untuk berkempen pada pilihan raya negeri yang lepas.

Langkah ini, menurut sumber Wisma Darul Ehsan, dilihat paling tepat bagi mengajar erti demokrasi kepada kerajaan Sarawak yang sebelum ini dilihat mengamalkan dasar tutup pintu ala Korea Utara semasa pilihan raya negeri berkenaan.

Justeru itu katanya, kepada mana-mana pemimpin BN yang berhajat untuk memasuki Selangor pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar nanti, mereka dikehendaki menulis surat permohonan kemasukan ke Selangor.

“Hanya mereka yang diberi keizinan sahaja boleh memasuki Selangor pada PRK itu nanti,” ujar blog itu.

Undang-undang tersebut tambahnya, tidak terpakai kepada mana-mana pemimpin BN di Semenanjung kerana menurut sumber ini lagi, Azmin hanya mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak, Selangor sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada barisan kepimpinan BN di Semenanjung.

“Oleh yang demikian, diharapkan tidak ada lagi isu berbangkit kelak semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Besar diadakan.

Azmin dikhabarkan begitu komited mahu merampas kerusi ini daripada tangan Barisan Nasional secara bersih dan teratur. – Sarawakvoice.com

- See more at: http://sarawakvoice.com/2016/05/10/azmin-halang-pimpinan-bn-sarawak-masuk-selangor/#sthash.PTxVpofD.dpuf

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY