'/>

Kuching:Setiap tahun apabila Belanjawan Federal atau Negeri di bentangkan, harapan seorang Wakil Rakyat yg mewakili kawasan pendalaman seperti saya  ialah memberi perhatian pada peruntukan yg akan disalurkan oleh kerajaan ke arah pembangunan luar bandar.
Belanjawan Federal berjumlah rm280.25 Bil yg telah di bentang oleh YAB PM memperlihatkan 83% (rm234.25Bil) peruntukan utk OPEX dan 17% (rm46Bil) utk pembangunan.

Walaupun peruntukan secara langsung ke arah pembangunan luar bandar dalam Belanjawan federal kelihatan kecil tetapi amat melegakan kerana YAB CM Abg Jo telah membentangkan satu peruntukan yg memberansangkan ke arah pembgnan luar bandar.
YAB CM telah memperuntukan sebyk 70% (rm5.745Bil) dr jumlah keseluruhan Budget negeri sebyk rm8.226 bil kearah Pembgnan negeri.
Hanya 30% (rm2.481) utk Kos Operasi(Opex) memberi gambaran bahawa pengurusan kewangan Negeri adalah diurus dgn cekap dan tadbirurus yg baik.

Perhargaan kpd YAB CM kerana memperuntukan sebanyak 53% (rm3.062Bil) khas utk pembangunan luar Bandar.
Utk mempastikan projek2 kecil di luar bandar mendpt perhatian dan dilaksanakan dgn segera, YAB CM Abg Jo turut meneruskan initiatif Arwah Tok Nan dgn memperuntukan sebyk Rm230 juta utk Projek Transfomasi Desa (RTP).
Kerajaan Negeri turut menyalurkan sebyk Rm200 juta utk Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Secara amnya, Belanjawan Kerajaan Negeri yg di bentang oleh YAB Abg.Jo yg menitik berat ke arah Pembgn negeri berbanding kos pengurusan adalah satu belanjawan yg sihat serta lakarkan dgn teliti dan bijak.
Ia juga satu testimoni bahawa kerajaan negeri sentiasa perihatin ke arah usaha utk merapatkan jurang keselesaan antara masyarakat Desa dan Bandar.
Yg paling ketara dlm belanjawan ini ialah impian serta agenda Pembgnan YAB CM kearah mencari jalan utk memperkukuhkan pendapatan negeri dan memperkasakan sosioekonomi rakyat melalui berbagai initiatif baru dlm agenda Ekonomi Digital Negeri.

Saya juga menyokong sentimen yg diluahkan oleh YAB CM yg dlm ucapan beliau bahawa Peruntukan dr Federal utk negeri Swk adalah tidak mencukupi dlm usaha utk mempercepatkan pembgnan negeri.
Justeru itu YAB CM berkata bahawa, memandangkan Negeri Swk banyak  menyumbang kearah pendapatan kerajaan persekutuan, adalah menjadi tggjawab Kerajaan Persekutuan utk mempastikan peruntukan yg mencukupi di salurkan ke Negeri Swk.
Saya juga menyokong serta setuju dgn kenyataan YAB CM yg inginkan peruntukan2 pembgnan ini diurus dgn cekap, berhemah dan berintigriti.

- Tamat -


Kuching:kerajaan negeri komited untuk memperhebatkan pelaksanaan program dan projek untuk mempercepatkan pembangunan negeri. Daripada jumlah bajet pembangunan, 53 peratus peruntukan akan disediakan untuk kawasan luar bandar pada 2018 berjumlah RM3.062 bilion.

"Peruntukan ini lebih tinggi, berbanding RM2.65 bilion pada 2016 dan RM2.982 bilion pada 2017. Usaha berterusan kami dalam pembangunan luar bandar adalah penting untuk mencapai matlamat pembangunan kami dalam membuka peluang yang lebih besar di kawasan luar bandar dan terpencil untuk kemakmuran ekonomi komuniti luar bandar kami, "- CM

Bintangor:YB Datuk Ding melawat Kompleks Sukan Bintangor yang memerlukan peningkatan dan penambahbaikan . Dia akan membawa perkara itu ke perhatian pihak berkuasa yang lebih tinggi tidak lama lagi.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY