'/>

Bantuan dihulurkan oleh pihak SDNU Sibu...

Rumah panjang Jalak terbakar terbakar hari ini.

Tanjung Penasu, Jalan Bukit Aup, Sibu, musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi.

Menurut Sumber Bomba,pihaknya menerima panggilan bergantung kejadian itu jam 11.57 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan dibantu oleh BBP Sibu dengan kekuatan  14 org anggota menggunakan 2 buah FRT Scania, sebuah Water Tanker yang  diketuai oleh PgKB I Abdul  Mutalip Rasit tiba di tempat kejadian jam 12.11 pagi.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 1.06 tengahari dan mangsa yang terlibat dalam kebakaran belum dapat di pastikan lagi.

Foto by chambai lindong

#SalamPerjuanganBuatPemudaUMNO Malaysia.

Kira-kira 300 peserta Pemuda UMNO Wilayah bergabung dengan Pemuda UMNO Selangor berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membuat bantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.

Terkini.Kebakaran rumah panjang tg penasu sibu. 2 buah jentera bomba dari sibu central dan sg. merah terlibat dgn kekuatan anggota lebih kurang 16 orang

Atlet perahu layar SUKMA Sarawak maut kemalangan
SKUAD perahu layar Sarawak menerima tamparan hebat menjelang SUKMA XVIII 2016 apabila atletnya, Muhd Syafiq Halias,15, maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Marina Bay, Miri, tengahari tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 petang itu, mangsa meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala rakannya, Muhammad Syafiq Hasnan,15, yang juga atlet perahu layar hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan motosikal dinaiki mereka hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum terbabas dan tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter.
Mereka dalam perjalanan ke jeti Marina Bay selepas membeli barang keperluan di sebuah kedai di pusat bandar.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.
SIBU: Satu pakatan politik baharu akan muncul menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Adakah kehadiran pakatan pembangkang berkenaan bakal menggugat kedudukan Pakatan Harapan di Sarawak dan Sabah?
Info;
Pihak JKR Sarikei sedang berusaha membaikpulih paip pecah yang telah berlaku berdekatan kawasan 'Ferry Point' Susur Jambu, Sarikei dan mereka turut akan berusaha menghantar tangki air ke kawasan yang terjejas dengan kadar segera.
Semoga usaha membaik pulih ini akan berjalan dengan lancar.

Sumber:dun sarawak n41 kuala rajang

1MDB mengemukakan keteguhannya terhadap Permintaan Timbang Tara.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini telah bersetuju terhadap Permintaan Timbang Tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company dan Aabar Investment PJS (Aabar).

1MDB yakin dengan kedudukannya dari segi undang-undang dan telah menyerahkan maklum balas rasmi serta kukuh terhadap RFA melalui penasihat undang-undangnya, Weil Gotshal & Manges (Weil Gotshal), pakar ligitasi antarabangsa.

1MDB mengulangi bahawa, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, ia akan terus melaksanakan pelan rasionalisasi dan kekal dapat melaksanakan tanggungjawab hutang semasanya.

Pada bulan lepas, 1MDB membayar RM 1.579 juta faedah kupon daripada RM 2.4 bilion Nota Bandar Malaysia sehingga 2024. Pada bulan Mei, 1MDB menjadualkan pembayaran kupon berjumlah RM 143.75 juta daripada RM 5 bilion 5.75% Nota Jangka Sederhana Islam menjelang 2039.

Terjemahan oleh : KKMM

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY