'/>

Bagi admin Meradongtoday perkara ini sering berlaku .Tiada yang luar biasa...Seperti yang kita tahu, blog Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diakses. Dek kerana itu, portal-portal pro-pembangkang menggunakan kesempatan itu untuk  mencipta fitnah kononnya blog Tun Dr Mahathir disekat kerana artikel beliau tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebenarnya, ia tidak ada kena mengena dengan 'disekat' atau 'diblock'. Anda baca sebabnya :

Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, digantung oleh pentadbir disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi.

Pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Sufi Yusof berkata langkah itu terpaksa diambil kerana 'laman web itu telah mengalami masalah kerana trafik yang tinggi'.

"Blog ini tidak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh kerana trafik yang berat, kami terpaksa menggantungnya.

"Pihak pentadbir sedang melakukan kerja-kerja pemulihan," katanya kepada The Star Online.

Laman web ini tidak boleh diakses selepas pukul 4 petang Jumaat dengan mesej "Akaun Telah Digantung."

SKMM menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan laman web tersebut yang disekat - mSTAR


Lihatlah, betapa jahatnya portal-portal pro-pembangkang yang sengaja berbohong dan menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat kononnya kerajaan BN telah menyekat blog Tun Dr Mahathir.

Apa lagi pembohongan portal-portal pro-pembangkang selepas ini?

Tindakan portal-portal pro-pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat ini tentu mengingatkan kita kepada pemimpin tertinggi PKR yang juga kantoi sengaja mahu kelirukan rakyat. BACA SINI

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY