'/>

Bintangor:
Pihak Sarawak Plantation Berhad(SPD) yang diwakli oleh pengarah urusannya Yang berbahagia Datuk Hamden dan rombongan telah membuat majlis berdialog dengan penduduk Kampung Bintangor pada 26 Jun 2011 yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Meradong yang lama.


Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapat persetujuaan daripada penduduk kampung dan memberi penerangan dengan ringkas mengenai projek ladang kelapa sawit di tanah Muara Bunut.Tanah rizab ini dianggarkan seluas 7 ribu ekar yang akan dimajukan oleh pihak SPD.Pihak penduduk Bintangor bersetuju tanah ini dimajukan untuk perladangan kelapa sawit.

Bintangor:
Pihak Rela Daerah Meradong menganjurkan program Ngiling Bidai pada 25 jun 2011 yang lalu.Majlis ini dihadiri oleh YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul rahman MP 206 Tanjung Manis,ADUN N36 Semop Encik Abdullah Saidol dan ADUN Daro Encik Murni Suhaili.Semasa majlis tersebut pihak MP Tanjung Manis memberi sumbangan peribadi sebanyak Rm 10,000.00 kepada Rela Daerah Meradong.Majlis ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan kaum di kawasan ini.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY