'/>

Bintangor:Membuat meja daripada kayu belian.
Orang ini dari Rh. Sadadu, Meradong, Bintangor telah berada dalam profesion ini untuk masa yang lama.
Info by :tuai rumah alek

Serian:Kebakaran yang berlaku di Kampung Panchor Serian sekitar jam 1 petang  tadi. Setakat ini punca kebakaran dan nasib mangsa masih lagi tidak diketahui.
Foto by :mohd lantou

Ziarah Kasih Skuad Sayang Pergerakan Wanita PBB Meradong ke rmh pejuang  veteran PBB Encik Yusuf Buda.

Sambutan Hari Wesak juga merupakan lambang bagi demokrasi negara yang menunjukkan kebebasan beragama adalah faktor penting dalam perpaduan fahaman agama Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia telah menjadi satu daripada tumpuan cara hidup rakyat Malaysia.


Serba tak kena .....itulah bila jiwa dipupuk dengan kebencian....mereka akan sentiasa menuding jari mencari kesalahan kerajaan tetapi mereka lupa tiga lagi jari menghala ke muka bongok mereka.
#DAPracist
#DAPliar
#PHkakifitnah
#kekalBN

1. Jabatan Perangkaan Negara melaporkan penengah dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia meningkat 6.2% dan 6.3% masing-masing.

2. Penengah gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah RM1,703 vs RM1,600 pada tahun 2015 dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah RM2,463 vs RM2,312 pada tahun 2015.

3. Kadar inflasi indeks harga pengguna (IHP) adalah 2.1% pada tahun 2016. Ini bermaksud kadar pertumbuhan sebenar gaji & upah pekerja di Malaysia adalah sekitar 4%. Ini juga bermaksud gaji & upah pekerja di Malaysia meningkat pada kadar yang sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu 4.2%.

4. Ini menunjukkan bahawa tenaga buruh/pekerja di Malaysia menerima manfaat daripada ekonomi Malaysia yang sentiasa berkembang. Ini juga menghapuskan mitos bahawa gaji di Malaysia tak naik naik tatkala harga barang sentiasa meningkat.

5. Pembangkang  pantas menyebarkan berita tentang kenaikan kadar inflasi apabila ianya diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tetapi mereka tidak pernah menyebarkan berita tentang kenaikan gaji & upah pekerja di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang sama.

6. Pembangkang akan tetap dengan sifat mereka yang suka memilih untuk menyebarkan berita-berita negatif dan mengabaikan berita positif tentang Malaysia dan ekonomi Malaysia.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY