'/>

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK)."Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara)."Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas."Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama."Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

http://syafiqorangmelaka.com/terkini-gambaa-riff-alfian-kahwin-lelaki-gay-di-ireland/

Lagi gambar klik sini

http://akustressgiler.blogspot.com/2011/12/omg-perkahwinan-gay-pelajar-tajaan.html

Sumber:Panglima Perang Cyber pada 8:44:00 PTG

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is investigating whether Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil had played any part in the award of the RM250mil loan to the National Feedlot Corporation (NFC), of which her husband is the executive chairman.

Sources said MACC officers were checking to ascertain if she had influenced, took part in the project or whether she had a hand in the loan award.

They said the commission had started its investigations into the matter after the NFC issue was highlighted in the Auditor-General's 2010 Report.

The report indicated that the project had not met targets set by the Government.

It is learnt that MACC officers had visited the project site as well as the NFC office and interviewed Shahrizat's husband Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail as well as several other people connected to the NFC project.

Meanwhile, MACC chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed said the commission had been investigating “grand corruption all the way” and denied that it was only combating petty corruption.

“Our responsibility is to investigate and we have been doing so regardless of the person's status,” he said at the closing ceremony of the Malaysian Technical Cooperation Programme at the Malaysian Anti-Corruption Academy here yesterday.

"The MACC cannot go around telling people who they are investigating as this can jeopardise their investigations, including crucial evidence being destroyed by those under investigation.

"There are two other reports that was lodged with the MACC by separate groups and one has been handed to the police as criminal breach of trust and that falls under their ambit of investigations while the other is being probed by the MACC," the source added.

He was responding to a question that certain groups, including Transparency International (TI), which said that not enough was being done to combat “grand corruption”.

On Dec 1, TI said Malaysia had shown a decline in its Corruption Perceptions Index (CPI) score for the third consecutive year, scoring lower than 4.4 last year and was significantly lower than the Government's own benchmark of 4.9.

Abu Kassim said the MACC had been investigating “big” cases regardless of whether it involved Cabinet ministers or ordinary citizens.

posted from Bloggeroid

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.

Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.

"Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama

"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.

Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.

Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.

- Agensi

posted from Bloggeroid

Tajuk: Tahap Akal Tinggi dan Rendah Yang Bercanggah, 15 Disember 2012
Penulis: Hu Yuan, China Press.

Jika kita halusi percakapan orang-orang politik yang sedang memegang kuasa, apa yang ada  sekarang ini berkaitan penyelewengan dan rasuah di negara ini seperti satu kanser yang terus merebak dan terus dibudayakan, dan tidak dapat dirawat lagi, mungkin kesilapannya bukan dari penyelewengan atapun melakukan rasuah oleh pegawai-pegawai atasan mahupun oleh ahli politik itu sendiri. Mereka langsung tidak berniat untuk kegiatan itu, tetapi kerana mereka sendiri tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu sudah pun terjebak kepada penyelewengan dan rasuah, kerana disebabkan akal mereka sendiri yang terlalu cetek!

Contohnya duit yang ada di tangan kerajaan sekarang ini (sekurang-kurangnya ada billion ringgit), tidak dapat digunakan di tempat yang perlu. Dengan itu ada orang-orang hebat yang mencadangkannya, kenapa kita tidak laburkan sahaja duit berlebihan itu (duit itu adalah dari cukai pendpatan rakyat yang bodoh), buatlah sedikit projek ternak lembu ternak kambing, ternak ayam dan itek, bela ikan dan udang yang boleh jadikan aktiviti sampingan.  Sekurang-kurnagnya duit itu bukan milik sendiri, ada kuasa untuk mambazirkannya, jika tidak dibazirkan bermakna merugikan.

Jika nak bazir duit lebih mudah beri kepercayaan orang-orang sendiri (kroni), dengan itu duit dari si bodoh si pembayar cukai itu terpaksa diberikan kepada orang-orang sendiri, (kepada suami, anak-anak, isteri, menantu, adik beradik dan sebagainya)

Apabila rakyat tahu perbuatan itu perbuatan salah! Sebaliknya pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri-menteri) cuba perah otak untuk cari sebab-sebab dan punca kenapa ia berlaku, sebaliknya dikatakan mereka tidak jumpa sebab-sebab dan kesilapan itu.

Apa yang pegawai tinggi kerajaan berkata: tiada yang salah! Atas sebab-sebabnya seperti di bawah:-

1, Saya tidak serah duit itu kepada diri saya sendiri, saya sendiri pun tiada kepentingan dalam itu, setiap orang (walaupun suami isteri), masing-masing ada dompet duit sendiri.

2, Duit ini bukan milik sesiapa pun, duit ini akhirnya akan diserahkan kepada orang, jika tidak diberikan kepada keluarga sendiri ia akan diberikan kepada keluarga orang lain, duit seperti ini memang diberi, dan duit yang di sana pun diberi juga, sememangnya duit itu seperti garam boleh dibuang ke laut, bermakna beri kepada sesiapa pun duit itu, bukankah tiada apa-apa perbezaannya?

3, Sedangkan duit-duit ini memang untuk diberikan kepada orang, kenapa nak ambil tahu macam mana duit itu digunakan?  Duit-duit rakyat yang bodoh itu, siapa yang bazirkan dan bagaimana ia bazirkan, tiada apa-apa perbezaannya, mana ada kesilapan yang mereka buat?

Sebab Itu Mereka Sangat Marah!

Sebab itu apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri) mendengar kes itu adalah kes rasuah dan penyelewengan kuasa, mereka mengamuk dan melenting marah yang membara! Ahli politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan memakai baju berlogo bendera Malaysia di badan, angkat tangan kanan laungkan cintakan negara ini, angkat tangan kiri laungkan cintakan negara ini, duit cukai rakyat yang bodoh itu sebaliknya mereka duit itu sudah bukan milik sesiapa lagi, jika tidak diambil, orang lain akan mengambilnya, adakah itu dikatakan rasuah?  Bukankah dengan itu mereka anggap apa yang dinamakan rakyat telah menghina mereka, sebab itu mereka rasa sangat marah yang membara-bara!

Penerangan ini sama seperti seorang lelaki curi makan luar, apabila  mereka ditangkap, tindakan pertama yang mereka sebut ialah:  semua orang lelaki di dunia ini memang suka curi makan luar, jika tidak curi makan luar (main perempuan lain) bermaka itu bukan lelaki,  sebab itu mereka kata curi makan bukan kesalahan orang lelaki! Kesilapannya, setiap kali dia curi makan kenapa di Hotel yang sama, di bilik Hotel yang sama, mungkin juga dengan perempuan yang sama! Itu bukan kerana masalah akhlak orang yang curi makan, ia kerana  masalah nasib tidak menyebelahinya!

Melihat isu rasuah dan penyelewengan kuasa di negara kita, kudisnya memang berpunca dari sini: tahap kesedaran rakyat sudah meningkat tinggi, sebaliknya tahap kesedaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri-menteri) agak cetek, secetek seperti  (perpatah Cina) busung tumbuh di ponggong sendiri, tanggalkan seluar tunjukkan kepada orang lain. Aduh sungguh cetek tahap akal mereka ini, mereka kini di posisi undur ke belakang, sebaliknya mereka sangkakan mereka sedang maju ke hadapan. Tumbuh bisul dianggap ia telah melahirkan sebutir intan mutiara!

Sebab itu tahap fikiran rakyat yang tinggi apabila berjumpa dengan tahap pemikiran pegawai-pegawai kerajaan (menteri-menteri) yang cetek akalnya, akan berlaku percanggahan, inilah yang dinamakan kudis kanser sedang menular.

Terjemahan diurus selia oleh Mymassa.

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY