'/>

Seorang nelayan El Salvador yang hanyut di Kepulauan Marshal berjaya hidup lebih setahun selepas hanyut di Lautan Pasifik dengan hanya bergantung kepada darah penyu, menangkap ikan dan burung menggunakan tangan. 

Jose Salvador Albarengo, 37, memberitahu beliau berlayar untuk memancing jerung pada lewat Disember 2012 dari Mexico, kira-kira 10,000km dari sini, tetapi hanyut. 

 Beliau dijumpai dalam keadaan tidak terurus dalam kawasan terumbu karang terpencil hujung minggu lalu dalam bot gentian kaca beliau sepanjang 7.3 meter.  

Bot peronda polis kemudian membawanya ke ibu negara, Majuro. 

“Beliau turun daripada bot dengan janggut yang panjang,” kata Jack Niedenthal, seorang pembuat filem yang berpangkalan di Majuro, kepada Reuters menerusi panggilan telefon. 

“Beliau mempunyai masalah untuk berjalan, kakinya amat kurus. 

“Saya tidak pasti sama ada ini satu pembohongan kerana lelaki ini sudah hanyut lama di laut,” kata Niedenthal selepas bercakap kepada Albarengo melalui jurubahasa. 

Angin kencang mengatakan ada perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Sarawak...tunggu dan lihat...

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY