mynewshub – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil pendekatan dan jawapan politik berkaitan kekecewaan yang diluahkan ibunya baru-baru ini.
Beliau menyifatkan tindakan media menyiarkan luahan hati ibunya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) sudah semakin hampir.
Beliau juga seperti biasa mengambil jalan mudah dengan menyalahkan UMNO dalam hal melibatkan kekecewaan orang tuanya itu.
Azmin menyifatkan itu cara UMNO untuk meraih undi tanpa menjelaskan apa yang akan dibuat beliau selepas ibunya mengalirkan mata atas sikapnya selama ini.
Beliau memberitahu demikian kepada kumpulan pemberita selepas satu majlis di AU3, Keramat di sini sebentar tadi.
Semalam, Mynewshub menyiarkan luahan kekecewaan Che Tom Yahaya, 78, dengan sikap Azmin yang tidak mahu datang melawatnya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
“Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
“Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
“Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
MERADONG TODAY tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Ingin berkongsi sebarang artikel atau INFO2 /gambar2 mengenai isusemasa/masyarakat/apa saja. Sila emelkan artikel anda ke zainibusrah@yahoo.com
SEKADAR RENUNGAN
Anda boleh mengutip atau mengcopynya selama untuk kebaikan, termasuk mencari nafkah (ini juga kebaikan). Dua saja yang saya minta: jangan akui sebagai karya Anda dan pasang link ke meradong today.bloqspot.com