'/>
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haramtersebutv dan negeri mereka beroperasi:

1) Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur 
2) Geng 08 - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3) Double 7 - seluruh Semenanjung Malaysia
4) Tiga Line - Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5) Geng 30 - seluruh Semenanjung Malaysia
6) Geng 38 - Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru
7) Geng 24 - Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8) Geng 18 - Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9) Geng 36 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10) Geng 21 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11) Ang Soon Thong - Kuala Lumpur dan Selangor
12) Wah Kee - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Selangor
13) Sio Sam Ong - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan selangor
14) PNEH - Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15) Hong Hong San - Kuala Lumpur
16) Hai San - Perak
17) Sin Ang Bin - Kuala Lumpur
18) New Cell 20 - Perak
19) Jit It Hai - Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20) Sio Koon Tong - Johor
21) Gee Lam Kor - Kuala Lumpur
22) Gee Ah Eng - Kuala Lumpur
23) Loh Kuan - Kuala Lumpur
24) Tiang Yee Tong - Kuala Lumpur
25) Geng Leng Hor - Kuala Lumpur
26) Geng 35 - Kedah dan Pulau Pinang
27) Geng 303 - Selangor
28) Geng Satu Hati - Lembah Kelang, utara dan selatan tanah air
29) ATAP - Kota Kinabalu, Sabah
30) Hung Ann - Tawau, Sabah
31) Sui Yup - Penampang, Sabah
32) Otai - Kota Kinabalu, Sabah
33) Borneo Red EMP - Petagas dan Jumbo, Sabah
34) Ah Ngau - Kuching, Sarawak
35) Batu Tiga - Kuching, Sarawak
36) Ah Feng - Kuching, Sarawak
37) Batu 10 - Kuching, Sarawak
38) Sibu Ti - Kuching, Sarawak
39) Ah Seng - Sarikei, Sarawak
40) Ah Chin - Kuching, Sarawak
41) Lee Lung - Sibu, Sarawak
42) Lo Han - Kuching, Sarawak
43) Sg Merah - Sibu, Sarawak
44) Sg Badut - Sibu, Sarawak
45) Ting Ching Lee - Bintulu, Sarawak
46) Tua Cak Lee - Miri, Sarawak
47) Teksi Station - Miri, Sarawak
48) Pintu Merah - Miri, Sarawak
49) Krokop - Miri, Sarawak
posted from Bloggeroid


Bernama





posted from Bloggeroid













posted from Bloggeroid










posted from Bloggeroid

Apakah ini kesan membenarkan kalimah ALLAH kepada kaum kristian?
 
Salam 2 all.
Alhamdulillah hari ini Khamis 15 Syawal 1434 bersamaan 22 Ogos 2013, dalam keadaan umat Islam masih meraikan kemenangan Ramadhan dan negara menanti sambutan kemerdekaan, kes permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan berkaitan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Gereja melalui penerbitan akhbar The Herald.

Kes permohonan didengar di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya diketuai oleh YA Dato' Abu Samah Nordin yang bersidang bersama YA Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato' Rohana Yusof.

Sebagai latarbelakang, kes kemelut kalimah ALLAH ini bermula apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan notis bertarikh 07 Januari 2009 melarang akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya.

Pada 16 Februari 2009, Archbishop Murphy Pakiam mewakili pihak Titular Gereja memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan pelarangan KDN tersebut. Alasan mereka antara lain ialah kristian juga berhak menggunakan kalimah ALLAH sebagai gantinama God didalam Bible terbitan Bahasa Melayu mereka.

Permohonan didengar dihadapan Hakim YA Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009, enam hari selepas perayaan Krismas dan sehari diambang sambutan Tahun Baru Kristian, mengeluarkan perintah membatalkan pelarangan KDN tersebut.

Kesan daripada keputusan itu bermakna kristian berhak menggunapakai kalimah ALLAH dalam apa bentuk sekalipun.

Kerajaan telah memfailkan rayuan yang septutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Rayuan itu telahpun ditetapkan pada 10 Sept 2013. Sementara menunggu rayuan, kesemua pihak bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi itu.

Bagaimanapun, sementara menanti rayuan didengar, pihak Gereja Kristian telah memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan. Alasan mereka ialah kerana selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu surat mengandungi 10-Point Resolution bertarikh 11.04.2011 yang antara lain membenarkan kristian mengimpot masuk Bible dalam semua bahasa.

Peguam pihak Gereja, Porries Ryan menhujahkan bahawa surat tersebut memberi kesan membatalkan pelarangan KDN tersebut, maka isu rayuan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH adalah tidak relevan dan hanya bersifat akademik.

Barisan peguam Kerajaan dan Majlis Agama Negeri-Negeri termasuk Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) menghujah balas dengan menyatakan bahawa surat tersebut tidak relevan kerana ianya tidak menyentuh tentang kebenaran menggunakan kalimah ALLAH, sebaliknya hanya mengenai soal kemasukan Bible ke dalam negara ini. Selanjutnya, surat tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang kerana ia tidak boleh membatalkan budibicara Menteri Dalam Negeri yang dibuat menurut Seksyen 6 Akta Percetakan & Penerbitan.

Setelah mendengar hujah kesemua pihak, Mahkamah telah menangguhkan keputusan ke jam 03.00 petang. Kesemua pihak berdebar menanti keputusan tersebut terutamanya umat Islam. Kehadiran umat Islam yang begitu ramai daripada pelbagai latarbelakang dan mewakili pelbagai pertubuhan (termasuk Timbalan Menteri Dato' Razali turut kelihatan) telah memeriahkan suasana.

Disiplin dan akhlak baik yang ditunjukkan oleh umat Islam yang berada diluar Kompleks Istana Kehakiman dengan berzikir, bersalawat dan membaca ayat-ayat Al Quran memberikan satu harapan baru untuk ukhwah Islammiyyah. Manakala umat Islam yang penuh sesak didalam dewan perbicaraan Mahkamah telah hadir dengan penuh sopan dan berakhlak.

Walaupun wakil gereja dan penganut agama asing serta kumpulan media asing turut hadir termasuk wakil beberapa kedutaan termasuk Kedutaan Amerika, namun mereka langsung tidak ganggu oleh umat Islam, malah mereka dapat hadir bersama dengan aman harmoni didalam Mahkamah.

Bagi umat Islam, sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan Titular Archbishop KL tersebut untuk membatalkan rayuan Kerajaan, maka sekaligus dan serta-merta pihak kristian sudah boleh menggunapakai kalimah ALLAH. Malah saperti yang saya sebut kepada beberapa wakil media asing, "if the Court were to allow the application to strike out, it means that the Christians can start publishing their publication using the word ALLAH almost immediatley"!

Tepat jam 3.30ptg, ketiga-tiga Hakim telah keluar memasuki Dewan Mahkamah. Suasana sepi menanti keputusan. Yang Arif Dato' Abu Samah Nordin, yang mempengerusikan sidang menyatakan bahawa Mahkamah telah mencapai keputusan sebulat suara. Dengan keputusan 3-0, Mahkamah menolak permohonan Titular Archbishop Gereja KL atas alasan surat PM itu tidak relevan dalam menentukan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH.

Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti.

Keputusan Mahkamah itu disambut dengan gemaan laungan takbir ALLAH huakbar oleh mereka yang hadir di Kompleks Istana Kehakiman.

Mahkamah juga mengarahkan supaya rayuan Kerajaan mengenai keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan bertarikh 31.12.2009 membatalkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH hendaklah dihujahkan sepenuhnya dalam perbicaraan rayuan yang ditetapkan pada 10 Sept 2013.

Alhamdulillah, kita dimenangkan ALLAH bagi pusingan ini. Kita berdoa kepada ALLAH supaya memenangkan kita pada 10.09.2013 nanti.

Saya bagi pihak rakan peguam yang lain mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang hadir dan memberi sokongan sepenuhnya. Malah ada yang datang sejauh Johor dan Kedah. Kepada mereka, saya ingin rakamkan penghargaan kami. Kehadiran mereka semua memberi semangat dan kekuatan kepada para peguam untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kalimah Tauhid ini.

Kepada semua umat Islam, marilah kita terus memberikan sokongan dengan hadir beramai-ramai pada hari Selasa 04 Zulqaedah 1434 bersamaan 10 Sept 2013 jam 09.00pagi di Mahkamah Rayuan Malaysia, Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya. Ketepikan sentimen politik jumud, assobiyyah dan sempit; sebaliknya marilah kita umat Islam bersatu untuk mempertahankan aqidah kita.

Kita umat Islam Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah; sewajarnya kita menjadi Satu Umat!

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah, serta menganugerahkan kita istiqomah dalam keimanan kepada ALLAH.

Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
15 Syawal 1434
22 Ogos 2013

posted from Bloggeroid
















posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid
AJK PERGERAKAN PEMUDA PEMUDA PBB SESI  2013 -2016
BERSAMA MKT PEMUDA PBB SARAWAK SAUDARA MORSHIEN  AFFENDI











Senarai AJK CAWANGAN PERGERAKAN PEMUDA PBB N40 2013 HINGGA 2016

KETUA:HALMI BIN MORSILI
NAIB KETUA:JAKERI BIN HJ FORM
SETIAUSAHA:ZAINI BIN BUSRAH
PEN.SETIAUSAHA:JKHANN JULAIHI
BENDAHARI:ABANG ZAKARIA ABANG WASLIE
PEN.BENDAHARI:ISNIN BERANG
KETUA PENERANGAN:DANIEL BIN NOORAL
PEN.K.PENERANGAN:ABG ABDUL ZAKIR

AJK DIPILIH:
1.ABG ABUSEMAN
2.SAAT BIN BUSRAH
3.MASINO BIN ADENAN
4.MOHAMMAD BIN UGOR
5.FAUZAN BIN MAHDI
6.MASTAPHA BIN MAJID
7.ISMAIL BIN BAKAR
AJK(DILANTIK)
1.ABG YAHYA BIN ABG OTHMAN
2.KAMSUL SUHAILI
3.ROSEMANDI SAUFI
posted from Bloggeroid
KUCHING 13 Ogos - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak mengecam tindakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang melemparkan tohmahan bahawa insiden kes tembak yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BNBBC Sarawak, Abdullah Saidol berkata, kenyataan Chieng Jen tersebut amat mengejutkan kerana secara tidak langsung menunjukkan beliau cetek akal fikiran selain gemar berprasangka buruk.

"Tuduhan ini sangat keji dan hina serta tidak matang.

"Perangai buruk ini sama macam seorang rakan beliau dalam PKR yang pernah menuduh insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah tipu helah BN," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Chieng Jen menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Borneo Post hari ini mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Undang-undang baharu itu kemudiannya akan disalahgunakan oleh para pemimpin atasan BN untuk menganiayai pembangkang.

Mengulas lanjut, Abdullah Saidol yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak berkata, tohmahan Chieng Jen menunjukkan budaya politik kotor pembangkang yang hanya mahu kuasa tanpa menghiraukan implikasi terhadap negara.

"Kejadian menghina agama dan sikap perkauman yang semakin menjadi-jadi terutama dalam kalangan generasi muda sekarang ini jelas dipengaruhi budaya politik yang diamalkan pembangkang ini," katanya.


Utusan

posted from Bloggeroid




posted from Bloggeroid








Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi tadi.Laporan polis telah dibuat.

posted from Bloggeroid






posted from Bloggeroid

hari ini portal malaysiainsider mengatakan  1000  penduduk Sarawak mengundi untuk keluar dari Malaysia...hahaha..
Populasi Penduduk Negeri Sarawak mempunyai 2.07 juta orang penduduk . Kadar kasar kelahiran dalam tahun 2004 ialah kira-kira 20,300 orang, kadar kasar peningkatan semula jadi ialah 16,200 orang manakala kadar kematian ialah sekitar 4,100 orang. ( Ruj:Yearbook of Statistics, 2005 ) Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran Daerah pentadbiran yang mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak ialah ibu negeri, Kuching, dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sebanyak 579,900 orang pada tahun 2006. Daerah Samarahan di tempat yang kedua dan diikuti oleh Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, dan Miri, manakala Limbang merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk yang paling sedikit iaitu 45,500 orang dalam tahun 2006. ( Ruj: Facts and Figures 2006,SPU ) sumber
cadangan kepada kerajaan Malaysia...kepada yang tidak mahu jadi warganegara baik lucut jer status warganegara mereka ini..

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan jenazah ini.Terutamanya pihak YB Semop,Pengurusan Masjid Darul Takwa Bintangor,Surau Darul Ikhsan,PDRM Meradong ,Hospital Sarikei serta sukarelawan yang membantu mengurus jenazah ini.
Alfatihah..serta takziah kepada keluarga yang terlibat.

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid











posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY