'/>

Kuching:Kenyataan yg kononnya di buat oleh YAB CM Swk yg sedang di viralkan di Media Social adalah tidak benar.

Ini adalah satu permainan politik pihak tertentu yg terdesak dan ketara sekali mereka tiada isu tulen terutama yg berkaitan dgn kepentingan rakyat utk diperjuangkan.

Perbuatan Memutar belit serta mencipta fitnah yg melampau spt ini akan membangkitkan buruk-sangka dan mengelirukan rakyat.

Ini semua perbuatan mereka yg hanya pertujuan utk meraih kepentingan politik tanpa memikir kesan terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

kita semua mesti membenci dan menolak mereka yg sering menyebar unsur2 politik yg keji dan melampau ini.
Propaganda Politik mesti kearah pembangunan negara dan memperkasakan perpaduan, bukan meruntuh dan memecah-belah kan masyarakat.

Abdullah Hj.Saidol
Chief Political Secretary
to YAB CM Swk


Jawapan dari CMO berkaitan viral AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERHADAP KERAJAAN NAJIB !

Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan media menafikan kenyataan yang tersebar di media sosial yang kononnya KM DA Abang Jo memberi amaran kepada PM Najib itu adalah PALSU yang hanya berniat untuk memburukkan hubungan kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat.

Seramai 460 murid dari lapan buah sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana masalah banjir sejak semalam.

Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata lapan sekolah terlibat ialah empat di Bintulu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sigu, SK Genaan, SK Bukit Mawang dan SK Kuala Binyo.

"Empat buah sekolah lagi ialah di Miri iaitu SK Rumah Ranggong, SK Long Sobeng,SK Kuala Bok dan SK Long Loyang," katanya.

Mejer Ismail berkata, lima buah sekolah rendah turut terjejas dengan banjir, dua di Bintulu dan tiga lagi di Miri membabitkan seramai 599 murid namun sekolah masih dibuka seperti biasa.

Beliau berkata, di Bintulu sekolah yang terjejas ialah SK Nanga Penyarai serta SK Bukit Balai manakala di Miri ialah SK Sungai Seputi, SK Sungai Kelabit dan SK Kampung Bulau.

((BERNAMA))

Hospital Sibu Cari Waris Pesakit

SIBU - Pihak Hospital Sibu mencari waris kepada seorang pesakit berbangsa Cina yang dikenali sebagai Ling Kuok Sing, 65 tahun berasal dari Bukit Assek, Sibu.

Pesakit mempunyai tujuh (7) orang adik-beradik dan beliau tidak pernah berkahwin.

Pihak hospital meminta ahli keluarga atau sesiapa yang mengenali pesakit datang ke Hospital Sibu atau menghubungi Unit Sosial Hospital Sibu di talian 084-238818 pada waktu pejabat.

Selain itu, orang ramai yang mengenali pesakit juga boleh berhubung terus ke Wad 32, Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 6642 dan 6660  pada bila-bila masa.
Info :FB Friend of klxpress

Presiden PAS dan rombongan menziarahi Puan Sri Jamilah Anu di rumahnya di Santubong. Turut hadir Azizul Anuar Adenan.

#AlFatihahTonNan

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY