'/>
Gambar dipetik daripada Harakahdaily menunjukkan Abby Abadi menyerah borang menyertai PAS kepada Datuk Nik Abdul Aziz dan saksikan oleh Datuk Husam Musa berbaju biru.

TERKINI : Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang.Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis akan terbuka apabila Pas menawan Putrajaya.

Kata Harakah,kehadiran Nik Aziz itu di Padang Yayasan Islam Kelantan,adalah untuk memenuhi impian dan hasrat pelakon itu yang muncul dengan penampilan terbaru.Seorang anggota Exco Negeri,Wan Ubaidah Omar telah memakaikan Abby dengan selendang warna hijau.Turut menyaksikan upacara ini ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Muhammad Fadzil Hassan.Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain.”Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti,kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam.”




sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/07/kisah-benar-semua-artis-sedang.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY