'/>
oleh :Pandi Suhaili

Pembangkang hanya akan mengundang kemarahan rakyat Sarawak sekiranya mereka meneruskan niat untuk membuat perhimpunan haram membantah perlantikkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak pada hari Sabtu ini di Kuching.

Sumbangan Taib kepada pembangunan negeri Sarawak amatlah besar sehingga melayakkannya digelar sebagai Bapa Pembangunan Moden Sarawak.

Atas dasar tersebut, Taib adalah seorang calon yang layak untuk dilantik sebagai TYT sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri Sarawak.

Keengganan pihak pembangkang mengakui hakikat ini menunjukkan mereka hanya mengamalkan politik negatif yang enggan melihat sebarang kebaikkan yang ada pada pihak lawan.

Negeri Sarawak memerlukan pembangkang yang mempunyai minda yang 'professional' yang dapat membantu Sarawak maju kehadapan; dan bukannya pembangkang yang mempunyai minda busuk dan jahat yang hanya bertujuan untuk mencari publisiti murahan dengan mengadakan perhimpunan haram untuk mendapatkan perhatian rakyat Sarawak.
Perhimpunan haram ini hanya akan mengukuhkan lagi pandangan bahawa pihak pembangkang terdiri dari mereka yang tidak mempunyai sikap berterimakasih kepada pihak yang telah bertungkus lumus membangunkan Sarawak sehingga ramai orang Sarawak - termasuk pihak pembangkang sendiri dan anak-anak mereka - mampu mendapatkan pendidikan tinggi dan kemudiannya mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Sikap tidak berterimakasih ini amat menjengkelkan.





Keharmonian kaum yang dicapai Malaysia nampaknya mendatangkan kesakitan kepada pihak pihak yang tidak senang dengan pekara ini. Cubaan untuk memecahbelahkannya dilihat semakin hari semakin menjadi jadi. Dalang perpecahan keharmonian kaum dimonopoli oleh kaum Cina Chauvenist yang berpaksikan parti Komunis.

Dalam isu terbaru yang mana sebuah portal berita milik Harris Ibrahim seorang aktivis neo komunis cuba untuk mengeruhkan keharmonian kaum di Malaysia yang mana portal berita miliknya rakyat times telah memperlekehkan kaum India sebagai kaum yang di tindas oleh pihak kerajaan Malaysia. Melalui artikel bertajuk BR1Mless apa yang disampaikan adalah satu perbuatan yang tidak melambangkan semangat rakyat Malaysia.




Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah.


Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka. (Lihat video disini) - Rakyat News
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY