'/>


Ringkasan Kejadian: 
Kejadian telah disedari saksi(cleaner) yang bertugas mengutip sampah di bilik air Unit Kecemasan HUSM L/kurang jam 0600hrs telah ternampak siling tandas jatuh dan ada kesan darah diatas siling. Saksi telah panggil pengadu di dalam bilik kecemasan dan pengadu telah melihat keadaan di atas siling tandas tersebut dan dapati 1 bayi perempuan telah ditinggalkan di atas siling. Pengadu kemudiannya membawa turun bayi tersebut yang masih bernyawa dan buat laporan polis.sumber


Kuala Lumpur: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, pada malam ambang merdeka, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari berturut-turut bermula dari 30 Ogos jam 11 malam hingga 1 September jam 4 petang di sebuah rumah di Kepong.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes.sumber




foto hiasan
Ustaz Wan Ji Hina Sultan Dan Raja: http://youtu.be/wmZdaM3ur0U
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY