'/>


Kat bawah ni ada satu rakaman CCTV di Negeri Melaka yang merakamkan kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta dan 3 motosikal. 

Salah seorang mangsa kemalangan patah kaki manakala 2 orang mangsa lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Mengikut pihak Polis Melaka, pemandu kereta ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut 

Apa pandangan korang mengenai insiden ni? Bagi gua, patut dikenakan hukuman berat je pada pemandu kereta yang cuai tu.. Mesti dia langgar lampu yang baru bertukar merah sebab nak cepat..

Dan dari pemerhatian gua, pemandu kereta tu macam tak ada inisiatif langsung nak membrek.., nampak sangat dia pecut kereta sebab nak cepat..

Takkan pemandu kereta tu tak tahu yang lampu kuning tu tandanya bersedia untuk berhenti? Memang segaja nak menyusahkan orang lain lah tu..

Apapun, gua ucapkan Tahniah pada pihak Polis Melaka sebab ambik inisiatif untuk buat pemantauan melalui CCTV.. 

Errr.., tapi kalau ikut Hadi Awang, CCTV bukan tak boleh pakai ke? Kan CCTV tu besi dan tak boleh dijadikan saksi? Hehehehe...


Tentu ramai rakyat yang ketawa besar dengan wayang kulit Lim Guan Eng DAP dan Exco Pulau Pinang yang mengisthiarkan aset.Mereka mendakwa bahawa KPMG yang mengeluarkan perisytiharan harta mereka tapi jika kita lihat kertas di atas, kita tidak nampak pun pengakuan rasmi atau tandatangan daripada pihak akauntan bertauliah tersebut.

Padahal kertas tersebut sangat penting kesahihannya atau validity. Jika tidak, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kertas tersebut dan boleh menipu rakyat.

Dan sebagai akauntan bertauliah, Lim Guan Eng DAP tentu tahu tentang perkara tersebut tetapi kenapa beliau membiarkannya?

Yang lebih melucukan ialah Lim Guan Eng DAP yang sering mengutuk dan memperlekeh-lekehkan kerajaan BN di depan rakyat Pulau Pinang dan negeri lain.

Rupa-rupanya, beliau menumpang usaha gigih kerajaan BN selama ini! Beliau memiliki 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad (AMB).

AMB adalah terletak di bawah Permodalan Nasional Berhad di mana Lembaga Pengarahnya terdiri daripada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang sering dihentam oleh Lim Guan Eng.




PNB yang ditubuhkan pada 17 Mac,1978 pula adalah alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera yang sesuai menyertai pewujudan dan pengurusan harta.

Lim Guan Eng DAP tanpa malunya menggunakan 'alat' kerajaan BN serta ada yang mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru.

Inilah pemimpin parti pembangkang yang bersikap buruk mengata dan mengutuk BN tapi bertenggek kepada usaha gigih parti BN.
Pathetic dan sungguh memalukan sekali!
-http://umb-ppum.blogspot.com/2012/01/malu-dap-kutuk-bn-tapi-kayakan-diri.html
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY