'/>
JAKARTA 26 Mei - Himpunan protes membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung telah mengkhianati perjanjian rahsia antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang dipetik dari The Wall Street Jurnal sebagai berkata, Anwar mencemari perjanjiannya bersama Najib dengan melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.

“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Jelas Jusuf, beliau menjadi orang tengah dalam perjanjian bertulis antara Anwar dan Najib menyaksikan kedua-dua pihak berikrar untuk tidak melakukan sebarang bentuk serangan peribadi ketika berkempen.

Tambahnya, perjanjian tersebut merupakan cadangan Anwar sendiri yang menetapkan supaya kedua-dua pihak untuk menerima sebarang keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa Anwar juga mengaku telah membuat perjanjian tersebut dan kemudiannya menganggapnya terbatal ekoran katanya BN memburukkan beliau ketika berkempen.

“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar.

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY