'/>

WAKIL RAKYAT LANGSUNG BN: PERLU TUNGGU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN MASUK PARTI MANA...

Nak masuk parti mana adalah keputusan setiap ADUN Langsung BN tapi keputusan  untuk menerima mereka masuk parti yang mereka pilih juga tertakluk kepada budibicara dan persetujuan Majlis Tertinggi parti yang mereka pilih.

Tidak perlu terburu buru untuk menyertai mana mana parti kerana adalah lebih baik bagi parti parti komponen diberikan masa untuk menyelesaikan dahulu struktur perlantikan barisan kabinet negeri terlebih dahulu.

Dan adalah lebih baik bagi Tok Nan kita memilih barisan kabinet daripada ADUN daripada parti parti komponen  terlebih dahulu buat masa ini bagi membentuk Kerajaan Negeri bagi memulakan tugas menggalas harapan baru rakyat Sarawak.

Tiada keperluan untuk melantik sebarang jawatan Menteri di kalangan ADUN langsung buat masa ini. Saya berpendapat bahawa memberi peluang kepada ADUN yang setia kepada parti dan kepimpinan parti haruslah diberi keutamaan kerana ianya akan meningkatkan sinergi di dalam BN Sarawak.

Desas desus mengatakan 6 orang ADUN langsung  BN memilih untuk menyertai PBB akan tetapi PBB juga harus memilih siapa yang patut menyertai parti kerana tidak mahu kestabilan struktur kepimpinan parti itu terjejas jika ada di antara ADUN Langsung tersebut mengulangi tindakan melompat parti, sesuatu yang tidak elok memandangkan PBB satu satunya parti politik paling stabil di Malaysia buat masa ini.

Bayangkan para ahli parti Teras dan UPP bersedia untuk mengikut pemimpin  mereka menyertai parti yang mereka pilih. Jika Teras memilih PBB bermaksud keahlian PBB akan meningkat sebanyak 10 ribu orang dan ini tidak bermaksud ianya baik untuk PBB bahkan ianya juga tidak baik bagi rakan komponen  yang lain.

Ini adalah kerana jika keenam enam ADUn yang menang memilih PBB akan menjadikan jumlah kerusi  yang dipegang PBB bertambah kepada 46 kerusi dan ini secara langsung menolak peranan rakan dalam komponen BN yang lain. PBB boleh mendirikan Kerajaan secara sendirian. Dan ini tidak baik bagi BN Sarawak yang sentiasa mengamalkan semangat berkongsi kuasa dan bukan monopoli. Lagipun kita pun tidak mahu kekaguman rakan  rakan dalam komponen BN Sarawak terhadap PBB bertukar kepada irihati disebabkan  tindakan menerima masuk Adun berkenaan walaupun pada dasarnya itu pilihan mereka. PBB harus memainkan peranannya  menimbangtara supaya sentiasa adil kepada rakan komponen  yang lain apatah lagi persetujuan mereka jugalah yang menyebabkan calon langsung  BN berjaya dilaksanakan.

Oleh yang demikian adalah dengan cara baik dan mesra PBB tidak membenarkan sebarang kemasukan baru ke dalam parti tersebut dan menyerahkan pilihan mereka kepada PRS SUPP dan SPDP untuk menyerap mereka masuk..

Walau bagaimanapun adalah lebih bijak bagi kesemua ADUN langsung ini untuk berada diluar tanpa parti buat sementara bagi memberi laluan kepada Tok Nan kita merancang dan membentuk barisan kabinet barunya.

Ini adalah kerana kepentingan  anak negeri Sarawak adalah jauh lebih penting daripada penyertaan ADUN langsung ke dalam mana mana parti. Apa yang pasti mereka tetap diiktiraf sebagai sebahagian daripada Wakil Rakyat BN. Cumanya jawatan Menteri dan Menteri Muda adalah lebih afdal diutamakan kepada mereka yang setia dalam kelompok kepartian BN Sarawak..

PRS memenangi keseluruhan 11 kerusi. Mereka juga harus dipertimbangkan secara adil dengan memperuntukkan lebih banyak jawatan Menteri penuh kepada mereka.

SPDP turut menyumbang kerusi.Wakil rakyat  mereka  perlu diberikan peluang setara.

SUPP telah menunjukkan peningkatan maka janji jawatan Timbalan Ketua Menteri sudah pasti dalam genggaman .

ADUN LANGSUNG bagaimana pula?..
Buat masa ini biarlah mereka kekal sebagai Wakil Rakyat PRo BN dengan status quo bagi mengekalkan keharmonian dalam BN Sarawak..

Ahli ahli Teras dan UPP pula bagaimana?
Bila bila masa mereka boleh menyertai parti komponen yang lain termasuk PBB tanpa halangan...

NOTA:

SEMACAM  kena JACKPOT . DUIT terlampau banyak tapi pening kepala nak taruh kat mana. LAST LAST habis begitu sahaja.

KUCHING: Tidak semua penduduk Semenanjung Malaysia melabelkan pengundi Sarawak yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, tidak berpelajaran, tidak maju dan masih memakai cawat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata mereka yang bersikap demikian ialah daripada kalangan penyokong parti-parti pembangkang.
“Tidak semua orang Semenanjung sedemikian. Mereka yang menunjukkan sikap buruk dan menghina kebanyakannya mereka yang menyokong pembangkang.
“Mereka adalah orang yang tewas,” katanya diminta mengulas mengenai reaksi sesetengah penduduk Semenanjung Malaysia ekoran kejayaan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 baru-baru ini.
Tatkala mendakwa orang lain sebagai tidak bertamadun dan tidak terpelajar, golongan itu sebenarnya menonjolkan sikap sebagai pelampau kaum atau agama dan kauvinis.
“Ya Ketua Menteri bertindak betul dalam membuat keputusan berani menyekat masuk mereka yang berniat tidak baik memasuki Sarawak.
“Kita warga Sarawak tidak perlu bertindak melampau terhadap layanan nakal oleh mereka yang berfikiran jahat dari Semenanjung Malaysia,” jelasnya.
Sebaliknya, warga Sarawak sewajarnya mempamerkan kepada mereka keunikan gaya hidup kita yang mengetepikan perkara yang menggalakkan kebencian, konfrontasi dan tohmahan liar, katanya.
Jelasnya lagi, pembangkang mungkin enggan mengakui tetapi hakikatnya kekalahan mereka di banyak kerusi disebabkan cara kempen pilihan raya yang tidak elok.
Kekecohan katanya, tidak diterima di mana-mana negara termasuk negara maju kerana tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.
“Rakyat Sarawak memerlukan perubahan dalam bentuk pembangunan dan kebajikan tetapi kita akan melakukan dengan cara lain dan tidak akan memusnahkan keharmonian dan perpaduan kaum dalam melakukannya.
“Cara terbaik melayan orang yang nakal seperti ini ialah dengan membalas mereka dengan baik dan senyuman,” katanya.

Ceramah Isra' Mikraj di Masjid Darul Ibadah. Kpg Tg Bundong smlm. Sidak JAIS Bahagian Sarikei.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY