'/>

KUCHING - Biarpun tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) dan bergerak secara sendiri, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak akan tetap bertanding atas tiket pembangkang dan akan menambah kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, biarpun PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang, tetapi masih mengekalkan calon di lima kerusi yang ditandingi pada PRU13 dan akan menambah lagi kerusi baharu yang akan ditentukan menjelang PRU14.

“Walaupun tidak bersama rakan pakatan pada PRU14 nanti, namun PAS Sarawak tidak terjejas kerana masih mendapat sokongan rakyat Sarawak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ketika ini, jentera parti sudah turun padang mendekati pengundi dan mempunyai keyakinan 50-50 untuk menang. Tentang calon pilihan, ia akan diumumkan selepas Parlimen dibubarkan nanti,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jofri turut menyifatkan tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengetuai PH ‘mengarahkan’ Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding di kawasan yang pernah ditandingi PAS dalam PRU13 lepas disifatkan sebagai “pengecut”.

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen, DAP kekal bertanding di 14 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 15 kerusi manakala PAN akan menggantikan PAS untuk bertanding di lima kerusi iaitu Parlimen Igan, Sibuti, Tanjong Manis dan Kota Samarahan.

Pada PRU13 lepas, pakatan pembangkang hanya menang enam daripada 31 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak iaitu DAP lima kerusi dan PKR hanya satu kerusi, manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

Sumber:Klxpress Sarawak

Alhamdulillah...setelah mhantar 4 org atlit ke pemilihan aher sukma 2018 disaratok, keempat2 atlit btgr berjaya layak ke sukma 2018.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY