'/>

Satu kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah Rumah sewa di Jalan Hardin, berhadapan dengan Primier Hotel Sibu sekitar jam 5.55 petang tadi.

Sila Share ya

P.C. Borneo

Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN

PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

  Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman peribadi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.

  Bagaimanapun, pertemuan itu dilakukan secara tertutup, dengan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman berkenaan.

  Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.

  Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.

  Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan. (bh)

[Info dan foto ehsan Anakmatokl Amkl .. terima kasih]

Namun gagal setelah penghuni rumah berkenaan berjaya dipadam..dipercayai  satu laporan Polis telah dibuat..

Esok Ketua Menteri Sarawak akan mengadap TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Kalau ikut pengalaman Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas tahun 2011, perkara sama berlaku. Ketua Menteri jumpa TYT hari Khamis juga, DUN Sarawak dibubarkan Isnin berikutnya.

Saya jangka pengumuman sama dibuat esok sebaik Tan Sri Adenan Satem jumpa Tun Abd Taib Mahmud, iaitu DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin depan, 4 April 2016. Selamat Berjuang kepada semua sahabat di Bumi Kenyalang. Sarawak Mansang Bersama BN.
Sumber:FB Eizwan bro..

Syabas Dan Terima Kasih atas sumbangan Cikgu Jkhann selama ini...semoga berjaya ditempat baru kelak...admin..

//FB Salfian Nawawi//
Tahniah kepada calon-calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing (Baleh), Snowdan Lawan (Balai Ringin), Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcom Mussen (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah), Datuk John Sikie (Kakus), Liwan Lagang (Belaga) berserta empat muka baru; Christopher Gira (Tamin), Wilson Nyabong Ijang (Pelagus), Chuk Pai (Murum) dan Majang Renggie (Samalaju) yang telah dipersetujui pencalonan mereka untuk PRN11 Sarawak oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN Sarawak sebentar tadi.

Kunjungan penghormatan terakhir mendiang cr munded banat (bekas naib ketua pemuda)

RM800j kos Jalan Kapit-Kanowit di pedalaman Sarawak

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak meninjau kemajuan pakej kerja-kerja pembinaan jalan raya antara bandar Kapit yang terletak di tengah pedalaman Sarawak, dengan Kanowit sepanjang 102 kilometer (km).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kos kerja pembinaan yang menjangkau sehingga RM800 juta itu menunjukkan betapa kerajaan komited untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak dengan cara menyediakan akses ke kawasan berkenaan dengan dunia luar.

Katanya, ia termasuk beberapa laluan yang merupakan ‘rangkaian jalan yang terputus’ serta ‘jalan pintasan’ yang sudahpun dikenal pasti akan dilaksanakan tidak lama lagi dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira dua tahun setengah.

Terima Kasih, PM.

#RakyatDidahulukan


//info Maya//
NEWS IN BAHASA MALAYSIA,ENGLISH AND CHINESE

Pengawal peribadi disangka 'Datuk' parah ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Sepang, malam ini. Dalam kejadian itu jam 8.45 malam, pengawal peribadi terbabit yang hanya dikenali sebagai Hazrat memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum kenderaannya dihalang dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan. Bagaimanapun, ketika serangan itu ahli perniagaan terbabit menaiki kereta lain mengekori kereta dipandu Hazrat yang ditembak dua penyerang berkenaan. Ketika kejadian mereka dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Suspek dipercayai mensasarkan ahli perniagaan terbabit yang disangka berada dalam kereta mewah berkenaan. PENGAWAL peribadi yang dikenali sebagai Hazrat cedera parah pada belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan. Berikutan kejadian itu, Hazrat yang cedera parah pada belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Siasatan awal polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek. Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan. Difahamkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.  
------------------------------------
KEMASKINI KEDUA

Pengawal peribadi parah dibedil

Sepang: Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan parah selepas ditembak dua lelaki dipercayai menunggang motosikal di bulatan berhampiran pekan Chaterfield atau dikenali Downtown KLIA jam 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu, lelaki terbabit yang memandu kereta jenis Mercedes Benz didatangi dua lelaki yang melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mangsa.
Menurut sumber, berikutan kejadian itu pengawal peribadi terbabit parah pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga tembakan.
"Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah depan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.
"Siasatan awal membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang dipercayai digunakan suspek,"katanya.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendengar lebih 10 das tembakan dilepaskan di lokasi kejadian ketika sedang makan di sebuah restoran 24 jam berhampiran.
Katanya, dia sempat melihat dua lelaki melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.
"Insiden berlaku sangat pantas dan tembakan dilepaskan bertalu-talu ke arah kenderaan dipandu mangsa," katanya.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, selain kesan tembakan pada cermin kenderaan, beberapa das tembakan turut dilepaskan ke arah restoran 24 jam sementara satu das tembakan mengenai tiang besi awning restoran.
Selain itu, lebih 50 pelanggan restoran terperangkap lebih lima jam dan tidak dapat keluar dari lokasi kejadian berikutan polis menutup laluan keluar dari Downtown KLIA ke laluan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 12:48 AM

-----------------------------------
BUSINESSMANS BODYGUARD SERIOUSLY
INJURED SHOOTING NEAR KLIA

KUALA LUMPUR: A businessman's bodyguard was seriously hurt in a shooting incident near the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), last night. The 8.45pm incident at Charterfield town in KLIA Commercial Centre saw the victim sustain multiple gunshot wounds when two assailants opened fire on a Mercedes Benz he was driving. It is learnt that the victim was driving at a roundabout there when the assailants, who used two cars to block his way, started shooting towards the Mercedes's windshield and front passenger window. Sources said the victim was injured on the back of his shoulder. He was rushed to Putrajaya Hospital by ambulance. A source said police recovered 10 bullet casings from the scene.

HARIZ MOHD - 26 MARCH 2016 @ 1:13 AM
---------------------------------------------
中國報訊:一輛馬賽地房車於今晚約10時,經過吉隆坡國際機場cheterfield路段時,被多名神秘槍手連開數十槍掃射,導致房車的擋風玻璃和車頭左邊車窗佈滿彈痕。
 據瞭解,當時車內有人中槍,並已經被送入附近醫院搶救,生死未卜。
 警方在案發後,已經封鎖現場進行調查。
-------------------------------
Kejadian Kes Tembak Secara Rambang Di sepang

Kejadian berlaku pada 25/3/2016 pada jam lebih kurang 08:45 malam berhampiran simpang downtown KLIA.Seorang pemandu peribadi kepada seorang Dato telah mendapat cedera parah setelah terkena tembakan dari 2 orang suspek yang menaiki dua buah kereta.Satu laporan Polis telah di buat di Balai Polis Banting.

Video Link:https://www.facebook.com/infomayapage/videos/1519182851722354/

Kiriman Crew
Putera Karya
Selatan Bersatu
Lan Pendekar
Hang Kebun
Nan Manjoi
#Adcrew
#IPCcrew
#Infomaya
------------------------

-Initial report that we show based from early resources we received from Whatsapps,Telegram,Inbox Message or eye witness.
-Laporan awal yang di sertakan adalah berdasarkan daripada kiriman Whatsapps,Telegram,Kotak mesej atau saksi kejadian
-ஆரம்ப அறிக்கை சமர்ப்பிப்புகளை அடிப்படையாக கொண்டது வட்சாப் , தந்தி , பெட்டி செய்தியை அல்லது சாட்சிகள் அடங்கும் .

UPP Umumkan Senarai Calon Yang Dicadangkan kepada Adenan Satem dan janjikan kesetian tidak berbelah bahagi serta patuh kepada Barisan Nasional
Sumber:FB Sarawakupdate

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY