'/>

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini berkata ia bersedia untuk mengambil DAP dalam pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pujut.

Presidennya Dr Sim Kui Hian berkata Pujut merupakan kerusi tradisinya diperuntukkan kepada SUPP sebagai komponen BN Sarawak.


MENCARI IBU KANDUNG

Mohon sebarkan. Mudah-mudahan dapat membantu anak ini menemui ibu kandung nya.

Khidmat Masyarakat - *Cari ibu kandung anak angkat*

16 May -

SRI AMAN- Seorang bapa angkat memohon bantuan orang ramai mencari ibu kandung kepada kanak-kanak yang dijaga beliau bagi menyelesaikan proses permohonan pengambilan anak angkat.

Adam Narawi, 51, berkata anak angkatnya, Ameyra Amanda, 7, diambil sebagai anak angkat ketika kanak-kanak itu masih berusia satu hari lagi yang diserahkan ibunya sendiri.

Katanya, ibu kandungnya yang dikenali sebagai Jessica Ak.Francis Matu, 26, yang berasal dari Long Balau Baram, Miri telah menyerahkan anaknya itu sendiri kepada Adam (bapa angkat) kerana mengalami masalah keluarga.

Adam berharap sangat jika ibu kandungnya atau sesiapa yang mengenalinya terbaca mengenai berita ini dapat menghubungi beliau segera di talian (013-8941964).

#sodiakroks
#JAPENSarawak

copy dari group whatsapp.

Kuching:Menurut YB Dr. Hj. Abdul Rahman ,Menteri Muda Pertanian Sarawak kajian "Study on the Proposed Master Plan For The Development Of The food Basket for the Sarikei-Bintangor-Betong Region" telah siap pada akhir tahun 2016.

Untuk itu sebuah pasukan Khas akan ditubuhkan untuk meneraju pelaksanaan konsep "Food Basket".Berkaitan dengan penyertaan rumah panjang di dalam projek "Food Basket" ianya belum dikenalpasti.

Senarai BNBBC EXCO 2017-2021

PENGERUSI
-YB PAULUS PALU GUMBANG(BATU DANAU)

TIMBALAN PENGERUSI
-YB AIDEL LARIWOO(SADONG JAYA)

SETIAUSAHA
-YB MAJANG RENGGI(SAMALAJU)

TIMBALAN SETIAUSAHA
-YB GERALD RENTAP JABU(LAYAR)

BENDAHARI
-YB IR. LO KHERE CHIANG(BATU KITANG)

TIMBALAN BENDAHARI
-YB SHAFIEE HJ. AHMAD(DARO)

SETIAUSAHA PENGANJUR
-YB MOHD RAZI SITAM(SARIBAS)

TIMBALAN SETIAUSAHA PENGANJUR
-YB MIRO SIMUH(SEREMBU)

EXCO
1.YB DR. HAZLAND ABG HIPNI(DEMAK LAUT)

2.YB MARTIN BEN(KEDUP)

3.YB WILSON NYABONG IJANG(PELAGUS)

4.YB DATUK DING KUONG HIING(MERADONG)

ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen semasa membaca ucapan terimakasihnya kepada Ucapan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di DUN Sarawak pada pagi ini mempertikaikan kemasukkan guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak yang beliau gambarkan boleh membawa dan mendokrinkan elemen UMNO kepada generasi muda Sarawak. Seolah-olah beliau mengatakan Cikgu Agama dari Semenanjung bersikap extreme.
Chong juga begitu yakin yang jumlah guru agama Islam dari Sarawak adalah mencukupi.
Pandangan saya terhadap perkara ini.

Klik link dibawah:
https://youtu.be/WAdHObnXZq8

Petrajaya:YB Encik Snowdan Lawan Menteri Muda Belia ,Sukan dan Solidariti mengatakan bahawa keadaan kolam renang dan dewan suarah Sarikei memerlukan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaran yang berterusan yang melibatkan kos yang tinggi.

Untuk itu pihak kementerian akan terus melakukan kerja-kerja baikpulih berdasarkan peruntukan yang diluluskan.Ini menjawab soalan daripada YB Dato Sri Huang Tiong Sii Adun 45 Repok pada persidangan DUN ke 18.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada media yang membuat liputan lawatan beliau ke China.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas media yang terlibat dalam membuat liputan untuk lawatan ke China kali ini" kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY