'/>

Salam 1Malaysia Warga DUN N35 Belawai,

Sukacita dimaklumkan pihak kami telah menerima perutusan rasmi dari Kerajaan Negeri Sarawak yang kandungannya antara lain merujuk kepada kawasan kita

DUN N35 Belawai sebagai DUN N41 Kuala Rajang

berikutan persempadanan semula yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

Ingin kami tekan di sini, ini adalah hanya perubahan nombor dan nama kawasan. Semangat dan tahap khidmat bakti kami, yang diterajui oleh YB Datu Len tidak berubah demi kebajikan, kesejahteraan dan kemajuan sosio-ekonomi warga N41. Untuk itu, kami menyeru sokongan yang berterusan dari semua warga N41.

YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan YB Datu Len akan diberi kepercayaan lagi untuk mewakili PBB / BN di N41 semasa PRUN yang akan datang. In Sya Allah, jika diberi peluang sekali lagi oleh warga N41, YB Datu Len sangatlah berbesar hati untuk menyambung kerja beliau memajukan kawasan kita seterusnya.

Tolong war-warkan forum ini kepada sahabat-handai, rakan-taulan dan kaum keluarga yang memiliki akaun Facebook untuk memudahkan lagi peneyebaran maklumat mengenai kawasan kita.

Sekian, Terima Kasih atas sokongan semua!



| Copyright © 2013 MERADONG TODAY