'/>
SAHABAT BLOGGER HANDALAN NEGARA, MYMASSA MEMDEDAHKAN ADA CUBAAN CAMPUR TANGAN WARGA SINGAPURA DALAM PRU 13 NANTI.

APA HAL MEREKA NAK SIBUK HAL MALAYSIA???

SIAPA YANG CUBA LIBATKAN SINGAPURA DALAM HAL NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT NI??

SINGAPURA NI APA PULAK KEHANDALANNYA??? SIAPA PULA DI SEBALIK SINGAPURA??

KORANG BACA SENDIRI, KREDIT UNTUK MYMASSA!!!

JPX

MyMassa dapat maklumat sulit dari Singapura bahawa sekumpulan besar rakyat Singapura akan turun ke Malaysia semasa PRU ke-13.

Pelbagai persediaan telah dibuat oleh pihak di Kota Singa. Bila MyMassa tanya pada sumber tersebut apakah bukti yang menyokong kenyataannya, jawab sumber MyMassa, dia boleh bagi bukti 'open source'. Dokumen-dokumen serta gambar-gambar detail dia tak boleh bagi. Tambah sumber MyMassa, sila ke alamat ini untuk tengok bukti 'open source'.




baca sepenuhnya: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhitYd-_uYcimqpZ_j68TITKMGgWBXnGBF_Xm9eOYesrFIjd39SGmkB_s6A3GCC5aMqXgZEC9YGF7BByN4Lva3yTfdOKPCOJEL0T06CtHTM1FOvani-GUDWQxJNjX0iMU-MraHHJtf5zxQ/s1600/pork.jpg

posted from Bloggeroid

SEPANJANG bulan lalu dan bulan ini, terdapat tiga isu yang mengaitkan Pas dengan tanah suci Mekah. Isu pertama melibatkan tindakan tidak matang beberapa pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan demonstrasi menyokog Bersih di Mekah dan Madinah.

Isu kedua pula melibatkan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam isu mengadakan perhimpunan Bersih di Mekah dan Madinah, kepimpinan Pas langsung tidak menegur perbuatan melampau ahli-ahlinya yang berbuat demikian, sebaliknya mereka berbangga kerana semangat menyokong Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga begitu mendalam sehingga dibawa ke tanah suci biar pun sepatutnya tumpuan diberikan sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT.

Selain itu, akibat politik tidak bertempat itu, Malaysia menerima tempiasnya apabila kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik membantah perbuatan berkenaan serta mengingatkan kerajaan Malaysia supaya memastikan peristiwa itu tidak berulang.

Dalam isu kenyataan Dr.Sulaiman Saloomi pula, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih parti itu dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Dan Pas selagi lagi terbabit dalam isu berkaitan tanah suci apabila Tuan Ibrahim membuat seruan supaya menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pilihan raya.

Sememangnya sudah pastilah dalam ketiga-tiga isu itu, Pas akan mempertahankan apa juga tindakan dan kenyataan mereka.

Walaupun ia akan dianggap janggal bagi mereka yang mahu memikirkannya secara matang tetapi bagi pengikut-pengikut tegar Pas apa yang diseru dan dinyatakan oleh pemimpin mereka adalah kebenaran serta permintaan yang harus dipatuhi di bawah prinsip ‘kami dengar, kami patuh’.

Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sampai bilakah Pas ingin terus melakukan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan Islam demi kepentingan politik mereka. Kenapakah perlu soal politik mahu diseret ke tanah suci? Kenapakah soal pahala dan dosa dipertaruhkan untuk meraih sokongan dalam pilihan raya? Kenapakah Pas sanggup memandang ringan soal ibadah haji boleh ditangguh-tangguhkan semata-mata untuk memastikan jentera pilihan rayanya tidak terjejas?

Hakikatnya, dari semasa ke semasa tambahan pula menjelang pilihan raya, sementara sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda pelbagai masalah berkaitan dengan integriti dan moral, pendekatan dan tindakan politik Pas pula semakin mengelirukan.

Apa yang mengecewakan, Pas sama sekali tidak pernah mempedulikan apa juga komen dan ulasan mana-mana ulama yang secara ikhlas menegur corak politik mereka, sebaliknya ada mufti yang dianggap ‘gatal mulut’ kerana memberi pandangan mengenai parti itu.

Kalau mahu diambil kira soal ‘gatal mulut’ rasanya pemimpin-pemimpin Pas sudah lama bersikap demikian apabila membuat kenyataan sesuka hati termasuklah suatu ketika pandai-pandai mengkafirkan UMNO dan menuduh UMNO menolak Islam.

Tidakkah itu boleh dinamakan ‘gatal mulut’ kerana perbuatan berkenaan telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini? Apakah pemimpin dan penyokong Pas tidak ‘gatal mulut’ apabila mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah dengan melaung- laungkan slogan anti kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara orang?

Siapakah lebih ‘gatal mulut’ apabila menyeru supaya menangguhkan pemergian ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji?

Selain itu, kita juga ingin bertanya siapakah sebenarnya ‘gatal mulut’, apabila mencadangkan supaya Pas dan UMNO bermuzakarah demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu tetapi kemudiannya membatalkan hasrat tersebut atas alasan ia telah dimanipulasikan?

Malahan dalam isu ‘muzakarah’ antara kedua-dua parti itu, kita juga hendak tahu siapakah dulu yang ‘gatal mulut’ menganggap mana-mana pemimpin Pas yang menyokong usaha itu sebagai boneka UMNO?

Oleh itu tidak perlulah pemimpin Pas hendak melabelkan mana-mana ulama sebagai ‘gatal mulut’ kerana semua orang tahu ulama yang sering menegur Pas, melakukannya bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak sebaliknya atas dasar kebenaran dan kehendak Islam.

Sepatutnya, Pas berterima kasih kerana ada ulama yang mengambil berat tindak-tanduk mereka bagi memastikan pemimpin dan penyokong parti itu tidak terus hanyut dibuai mimpi indah merebut kekuasaan bersama-sama sekutunya PKR dan DAP.

Selain itu, teguran demi teguran yang dilakukan oleh ulama-ulama sama ada dalam atau luar negara seharusnya dijadikan iktibar oleh Pas dalam memperkasakan perjalanan politik parti itu jika benar mereka mahu memperjuangkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Pas sentiasa sahaja menganggap apa yang mereka lakukan dan katakan adalah betul, datanglah sehebat mana pun ulama itu jika ulama berkenaan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak politik Pas maka pandangan ulama tersebut pasti ‘ditolak’ dan dianggap ‘gatal mulut’.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas tidak kira siapa pun mereka perlu diperingatkan bahawa tindak-tanduk mereka bukan sahaja boleh menjejaskan imej parti itu malahan boleh mewujudkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam.

Ia memandangkan banyak tindak-tanduk Pas dianggap oleh para ulama bertentangan dengan kehendak Islam. Kalau Pas mahu mencari pahala seperti mana pendirian mereka bahawa menyokong parti itu akan mendapat pahala maka peliharalah pahala itu dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan tindak-tanduk politik yang boleh menghilangkanpahala berkenaan sebelum kita mengadap Allah SWT.

Soal menjaga pahala ini diingatkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz yang menegaskan,‘‘Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis.

“Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis."

Oleh itu dalam mencari kuasa politik, janganlah sampai pemimpin dan penyokong Pas melakukan tindakan yang dianggap ‘gatal mulut’ yang akhirnya mengakibatkan ‘dunia tak dapat, akhirat terlepas’.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY