'/>

PKR MEMANGLAH KALAH TAPI ADA PENINGKATAN DARI SEGI YANG MENGUNDI PARTI PEMBANGKANG, JIKA IA DI BIARKAN DAN TIDAK DI AMBIL BERAT DAN TIDAK DI KRITIK KEPADA YANG BERKEDUDUKAN DALAM KERAJAAN, MAKA SUATU HARI NANTI KITA TAKUT PARTI PEMBANGKANG YANG AKAN MEMERINTAH NEGERI SARAWAK.

JANGAN KATA NAK BERTUKAR KERAJAAN, PADA MASA SEKARANG PUN MASIH YANG TIDAK MAMPU UNTUK HIDUP SENANG WALAUPUN KITA SUDAH MERDEKA 50 TAHUN,MASIH RAMAI YANG BERKEDUDUKAN MISKIN TEGAR DI BUMI SARAWAK, APATAH LAGI BILA KIRANYA PIHAK PEMBANGKANG MEMERINTAH.

NESCAYA MEREKA AKAN MEMERLUKAN MASA YANG AGAK PANJANG UNTUK MENUKAR PLAN STRATEGI YANG DI GUNA PAKAI OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEKARANG, ITU YANG KITA TAKUT KERANA MASA DEPAN CUCU CICIT KITA YANG MUNGKIN AKAN MENERIMA KESAN DI MASA HADAPAN. KITA TIDAK MAHU MARUAH BANGSA KITA TERGADAI DI SEBABKAN OLEH PIHAK2 YANG TERTENTU MASA KINI.  KITA TIDAK BOLEH MENUDUH SEMBARANGAN, PERJUANGAN KITA MESTILAH IKHLAS DAN BUKAN HANYA HENDAK MENDAPAT NAMA DAN PANGKAT DALAM PARTI DAN KERAJAAN TAPI APA YANG KITA MAHU IALAH PERJUANGAN KITA DEMI MASA DEPAN KITA.

ADMIN JUGA BERASA BANGGA DENGAN SEGELINTIR AHLI2 PBB KERANA TELAH BERJUANG BUKAN UNTUK MENDAPAT PANGKAT DAN NAMA, RAMAI DI KALANGAN MERAKA YANG BERPENDIDIKAN TINGGI SEHINGGA ADA YANG BERKELULUSAN PHD TIDAK SERIK MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA WALAUPUN TIDAK DI PILIH MENJADI CALON, BEGITU JUGA DENGAN AHLI2 KORPORAT BUMIPTERA, PERJUANGAN MEREKA BILA KITA LIHAT DENGAN MENDALAM ADALAH SEMATA MATA DEMI AGAMA, BANGSA,MARUAH DAN NEGARA. PERKAARA INI KITA TIDAK BOLEH MELIHAT DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT.

KITA HENDAKLAH MEMIKIRKAN MASA DEPAN KITA SEPERTIMANA APA YANG DI RANCANG OLEH PIHAK DAP KERANA KITA TIDAK DAPAT MERAMAL APA YANG DI RANCANG OLEH MEREKA DI MASA2 HADAPAN. KITA HENDAKLAH BERHATI HATI SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.

PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata, tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan saja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.

Katanya, jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

Mengulas pendaftaran polis sebagai pengundi pos dan juga pengundi awam, Abdul Aziz berkata, permohonan untuk mendaftar nama sebagai pemilih pos bagi anggota polis dibuat di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah, di tempat anggota itu bertugas.

Katanya, tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis dengan mengikut catatan nombor kad pengenalan awam mereka dan SPR pasti akan dapat mengesan jika berlaku pendaftaran berganda.

Abdul Aziz berkata, SPR juga menjalin kerjasama pintar dengan pihak polis dan tentera untuk membantu SPR membersihkan nama-nama pengundi dengan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan proses pembersihan termasuk berkaitan pertukaran daripada pengundi pos kepada pengundi awam.

Mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya perpindahan nama pengundi ke tempat lain berlaku tanpa permohonan dibuat oleh pemohon itu sendiri, Abdul Aziz berkata, ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana perubahan tempat mengundi hanya boleh dilakukan oleh pemilih itu sendiri dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.

"Kemukakan kepada SPR (jika ada) senarai orang yang dipindahkan ke tempat jauh oleh pihak lain dan bukan oleh pemohon itu sendiri, jangan cakap saja," katanya. - BERNAMA

"Kini PRU13 menjadi isu hebat.Semua nak tahu tarikh sebenar PRU13.Macam2 persediaan sedang giat dijalankan.Ada yang merancang pelbagai agenda dan aktiviti sedangkan tarikh pun belum diketahui.Tapi ada desas-desus mengatakan 11.11.11 adalah tarikh yang sesuai.Nampaknya “Berperang” lagilah para pemimpin dan pembangkang kita tak lama lagi.
Sampai bilakah perperangan ini akan berlaku tanpa membabitkan rakyat kita???Yang sengsaranya nanti adalah rakyat kita…renungkanlah…"petikan dari whizzekid

Daripada petikan blog, admin MT terfikir sejenak...betul juga yea ...tapi sebenarnya itulah dinamakan demokrasi..mungkin itu pandangan peribadi whizzekid saje...Tapi admin MT berpendapat semua ini merupakan satu proses "demokrasi" yang patut kita lakukan bagi menjamin kestabilan politik negara ini. 

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan  demokrasi berparlimen

Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY