'/>

Bintangor :

Hari ini timbul isu pelik dan mengkagumkan bila admin Meradong Today(MT) dituduh melaporkan kepada Pihak LANDAS Sarikei untuk merobohkan 10 buah rumah di Kampung Muhibah ,Bintangor tidak lama dahulu.Untuk itu Timbalan Ketua cawangan PBB N40 Meradong Kr. Morsili Bakar berbincang dengan AJK Pemuda N40 Meradong serta admin MT berhubung isu ini.Penjelasan telah dibuat kepada semua yang hadir berhubung perkara ini yang merupakan perkara  yang serius...

Dalam tuduhan /fitnah tersebut mengatakan MT yang membuat laporan untuk merobohkan rumah tersebut..Bertujuan untuk mencari glomur kepada pemuda PBB N40 Khususnya.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah pihak rumah yang diroboh ini menerima surat yang mengatakan rumah mereka akan dirobohkan atas alasan yang tertentu.

Jadi penerima surat ini membuat /memohon bantuan Pusat khidmat pemuda untuk membantu menyelesaikan masalah ini.Untuk itu Pusat Khidmat membuat laporan kepada YB Tuan Abdullah Bin Haji Saidol untuk menyelesaikan isu tersebut.Setelah perbincangan YB dengan pihak Landas Sarikei isu ini dapat diselesaikan dengan segera...

Admin MT tidak pernah membuat apa-apa surat atau laporan kepada Pihak Landas Sarikei..Apa yang admin MT buat hanyalah membantu masyarakat kampung sendiri menyelesaikan perkara yang menimpa mereka ini...

Admin MT akan berjumpa dengan orang membawa cerita ini...Cobaannnn...apa yang admin kesali ada pihak cuba merosakkan nama MT dan Pemuda PBB ...Kita Berkhidmat untuk masyarakat bukan kerana nama,wang ringgit..tapi perjuangan untuk Bangsa ,Agama dan Masyarakat Bintangor Sendiri...





Bintangor:
 Gambar sebelum jambatan sekolah SK Mupong Ulin roboh 20 Januari 2012 yang lalu dimana 4 orang guru jatuh bersama jeti yang rentap dan patah dengan tiba-tiba ketika balik selepas tamat kelas pada pukul 1200 hari jumaat.




Kerja baikpulih 








gambar wharf sk mupong Ulin Siap

Kalau dah kemaruk nafsu, jangan kata undang-undang.., agama pun ada yang sanggup langgar.. Itulah jadinya bila manusia hilang pedoman..
Bila nafsu menjadi raja dihati, apa saja boleh jadi.. Bukan setakat bohsia, malah lebih dari tu pun orang akan sanggup buat asal dapat kepuasan..

Ceritanya..., seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata tak dapat menahan nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.

Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.

“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.

“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.

Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.

Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.


hiasan

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY