'/>
Tidak Wajib Tukar MyKad Baru
Monday, 10 December 2012 22:36


Rakyat tidak diwajibkan menukar kepada MyKad struktur baru yang dilaksana sejak 3 Januari lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong. 

Beliau berkata, pelaksanaannya juga adalah secara berterusan dan setakat ini menerima sambutan menggalakkan. 

"Respons bagus kerana sesetengah orang berpendapat kad baru ini yang menampilkan kriteria baru lebih baik dari segi keselamatan dan daya tahan. 

Namun tidak wajib menukar MyKad kerana versi lama masih diterima pakai," katanya.

Bagaimanapun katanya, bagi yang ingin menukar kepada versi baru boleh memohon di Jabatan Pendaftaran Negara. 
Sumber: http://www.peraknews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=4282:tidak-wajib-tukar-mykad-baru&catid=36:nasional&Itemid=67

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY