Mangsa Hilang di Sungai Stubah Bintangor.
BINTANGOR - Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas beliau yang keluar untuk mencari siput bersama penduduk rumah panjang di sungai Stubah pada jam 7 pagi semalam tidak balik ke rumah setakat jam 6 petang semalam.
Mangsa Clement anak Guntur berumur 43 tahun telah didapsti hilang apabila penduduk kampung hanya menjumpai perahu mangsa yang hanyut pada jam 11:00 pagi.
Bimbang tentang keselamatan mangsa, Penduduk rumah panjang telah bertindak membuat laporan ke balai polis Bintangor untuk tindakan selanjutnya dan sejurus menerima laporan seramai 6 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah bergerak ke lokasi kejadian menggunakan Bot Aluminium untuk mengatur gerak kerja operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi SAR ditangguhkan buat sementara pada jam 630 petang semalam dan akan bersambung pada pagi ini.
Foto by Friend of klxpress Sarawak