'/>


KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) selepas dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. 

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.
"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
"Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga "Ops Lusuh" bersama Celcom Axiata Berhad, yang bertujuan mengenal pasti tindakan untuk membanteras vandalisme. 

Mohd Bakri berkata, siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara. 

"Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...kita akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat," katanya. 
Pada Sabtu lalu, polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. 

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini. 

Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA 

KUCHING: Sarawak merekodkan pendaftaran jumlah pelaburan kedua tertinggi pada suku pertama tahun 2011 dengan 16 projek melibatkan pelaburan modal sebanyak RM2.91 bilion telah diluluskan, selepas Johor dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.32 bilion.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daripada RM2.91 bilion yang diterima, RM2.25 bilion adalah dari-pada pelaburan domestik sementara RM655 juta daripada pelaburan asing.
“Daripada 16 projek yang diluluskan,  lima projek berjumlah RM2.89 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Manakala 11 projek lagi berjumlah RM22.9 juta telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Industri Negeri (ICC),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) semalam.
Menteri Kemudahan Awam itu menjelaskan kesemua 16 projek tersebut juga dijangka mampu menjana sebanyak 1, 262 peluang pekerjaan.
“Pelaburan-pelaburan ini kebanyakannya dalam dua  industri utama iaitu produk besi asas berjumlah RM2.87 bilion dan produk berasaskan kayu sebanyak RM20.8 juta,” katanya.
Katanya, sumber utama pelaburan asing ialah dari Hong Kong dengan jumlah pelaburan RM180 juta dalam industri besi asas, diikuti Bri-tish Virgin Islands dengan pelaburan RM6.2 juta dalam industri berasaskan kayu.
Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga ADUN Bukit Sari berkata pada 2010, negeri ini telah mendaftarkan jumlah pelaburan berjumlah RM3.95 bilion.
Katanya, daripada jumlah tersebut, RM3.55 bilion adalah daripada pelaburan  asing dan RM388 juta dari-pada pelaburan domestik.
Berdasarkan projek yang diluluskan, beliau berkata sebanyak 7,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negeri ini.
sumber:borneonline
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY