'/>

Jom orang Bintangor... !!! kita meriahkan Program Sejiwa Senada, di Stadium Bola Keranjang Bintangor, bermula 28 hingga 29 April tok.

Sebanyak  38 agensi kerajaan ngambik  bahagian dan orang ramei juak berpeluang berkunjung ke  lebih 40 gerai pameran sepanjang penganjuran program ya.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg.

Menteri Muda di Pejabat  Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol madah, kesempatan tersebut harus dimanfaatkan oleh warga Meradong lebih fahami perkara penting yang diumumkan oleh ketua menteri sejak memimpin negeri.

Katanya, program juga akan memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan mereka yang berdekatan memperolehi perkhidmatan kerajaan, maklumat serta nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

"Saya bersama ADUN N43 Daro, Safiee Ahmad dan Adun N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan program Sejiwa Senada di daerah ini.

"Kita berharap ketua menteri akan membawa khabar gembira untuk rakyat Meradong seperti yang telah dibuat oleh beliau dalam program Sejiwa Senada di Sarikei dan Saratok sebelum ini.  Sudah pasti, kita tidak sabar untuk mendengar berita baik itu, " katanya.

Macam macam ada... cabutan tiket bertuah, macam macam hadiah, motosikal free pun ada. Retis semenanjung dan tempatan pun ramei... jom semua..

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY