'/>

Zoom In - Jelas kelihatan seutas rantai di leher DS Najib Tun Razak.
Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.

Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :

Foto ketika majlis pengagihan BR1M.
Kita 'zoom-in' pula foto ketika PM DS Najib Tun Razak merasmikan Hari Belia 2012 :

Foto ketika perasmian Hari Belia 2012.

Ianya bukan 'super-impose' ianya juga bukan 'Ear-Piece' ianya adalah seutas rantai. Jadi ingin saya katakan bahawa BENAR, PM DS Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian rantai.

Mengikut maklumat yang diperolehi, PM Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian sejenis loket kesihatan magnet'Quantum Solar Energy' bagi mencegah darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol.

Rantai dan loket magnet Quantum Solar Energy 

Benar terdapat hadis yang mengatakan HARAM seseorang lelaki memakai rantai, serta menyerupai wanita. Tak percaya boleh tanya Ustaz Azhar Idrus. Lalu dengan bermodalkan sepotong hadis serta ditambah sedikit bahan perencah fitnah, pembangkang segera memainkan peranan mereka memfitnah.

Kononnya Najib Razak menyerupai wanita bla..bla..bla...

Persoalannya bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai...?

Itu kita kena tanya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan...

Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :

Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Sekarang kita ambil 2 bahagian iaitu nombor 1 dan 4 yang telah dimerahkan sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (Untuk Lelaki) - Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
  • Mendapat perakuan daripada pakar beragama Islam dan terbukti secara saintifik - Mengikut pandangan beberapa ustaz  pemakaian rantai diharuskan untuk tujuan perubatan. Kajian saintifik juga mengatakan bahawa rantai yang diperbuat dari larva gunung berapi di Jepun dan German terbukti berkesan merawat penyakit. Kajian ini dibuat oleh John Barron saintis terkemuka dunia :

Malah The Star juga turut menyiarkan keberkesanan bahan yang dihasilkan dari larva gunung berapi di Jepun dan German ini sebagaimana ditulis oleh Dr. Amir Farid Isahak[SINI]

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY