Apa pendapat anda? Logik atau tidak kedai persendirian di Saratok ini mengenakan cas sebanyak RM20 bagi setiap perkhidmatan permohonan BR1M 2017...
Foto by FB Kamek Miak Sarawak
Limbang:Pihak JBPM Negeri Sarawak sedang melakukan OP SAR bagi mencari seorang remaja berusia 16 tahun yang dikhuatiri mati lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Lubai Limbang kira kira jam 1.58 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Alexender Albertini Anak Daud dikatakan sedang bermandi manda bersama rakannya .Mereka dipercayai terjun dari sebuah jambatan.Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
FOTO IHSAN JBPM NEGERI SARAWAK
Sumber:FB Friend of klxpress Sarawak
SIMUNJAN - Sebuah lori terbalik di Simpang "T" hujung Jambatan Kampung Sageng, Simunjan pada jam 5.00 pagi tadi.
Akibat daripada kemalangan itu tiang elektrik grid terputus dan saluran paip bocor serta sebuah gerai turut terjejas.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya pemandu lori tersebut dirujuk ke Hospital Simunjan untuk pemeriksaan selanjutnya.
Foto by Friend of Klxpress Sarawak
Ketika ini Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sedang melaksanakan Pemantauan Banjir yang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lundu di kawasan yang dilaporkan terdapat jalan terputus di jalan utama berhampiran Kg Sebat Lundu ke Sematan.
FOTO IHSAN OLEH JBPM NEGERI SARAWAK